Bertimpa-timpa ujian misi kali ini. Team A tak ada rezeki masuk ke dalam Syria, team B pula terlepas flight dari Istanbul ke Gaziantep. Ini bukan saja-saja kami nak buat konten ya. Ini ujian buat kami walaupun segala-galanya dah disusun cukup cantik. Alhamdulillah selepas 30 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, team B dah pun tiba dengan selamat di Gaziantep. Kami perlukan doa kalian untuk cubaan masuk ke Syria pada hari ini. Doa kalian sangat-sangat kami perlukan. Sumbangan masih boleh diberi melalui link: ramadan4syria.com @CintaSyriaMalaysia