SHAH ALAM: Pemuda UMNO mencadangkan supaya pemansuhan skim pencen bagi penjawat awam dimulakan dengan wakil rakyat terlebih dahulu. Ketua Pemudanya, Dr Akmal Saleh berkata, keputusan kerajaan itu dilihat seperti berat sebelah kerana wakil rakyat boleh menikmati pencen tetapi sebaliknya untuk rakyat. “Kita memahami tekanan kewangan yang sedang ditanggung oleh kerajaan ketika ini. Tetapi biarlah pemansuhan skim pencen dimulakan oleh wakil rakyat terlebih dahulu. “Tidak adil jika kita mansuhkan pencen mereka, tetapi kita pula menikmati pencen sehingga mati. Tiada dua darjat antara wakil rakyat dan rakyat!” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Khamis. tersebut dan janganlah hanya melibatkan pencen penjawat awam sahaja," jelasnya. Pada Rabu, Kabinet dilaporkan bersetuju untuk menetapkan syarat bahawa penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, status pencen penjawat awam sedia ada tidak akan terjejas, namun golongan yang baharu dilantik kelak perlu membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Jabatan Perkhidmatan Awam ketika ini sedang menerajui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA), yang akan menjadi dasar baharu kerajaan khususnya berkaitan kaedah berpencen penjawat awam. Ketika ini, semua penjawat diberi dua skim pencen pilihan sama ada untuk menerima bayaran pencen tetap sebulan selepas berpencen atau mencarum di KWSP. Minggu lalu, Laporan Interim 1 Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sudah pun diserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KKPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz. - Sinar Harian #UMNO #BN #PN#JPA #PMX#KSN #PENCEN #KWSP #KONTRAK #Trending #fypシ゚viral #PH