Nukilan seorang Champion kepada Champion. 1. Saya pernah lalui hidup yang gelap dan kelam. 2. Membesar di kawasan setinggan dan flat tidak semudah yang disangka. 3. Abah pemandu lori, Abah seorang fighter tak pernah mengalah cari rezeki untuk keluarga. 4. Saya tidak cemerlang dalam bidabg akademik, oleh itu saya cuba cari jalan keluar dengan libatkan diri dalam dunia bola sepak. 5. Kerjaya terakhir Selangor Liga Super. Kontrak saya ditamatkan dan hidup saya kembali kelam. 6. Terkontang kanting seperti daun kering ditiup angin petang. 7. Saya survive dengan kerja di restoran makanan segera. Hidup dengan duit syiling dan tidur berlapikkan kotak di celah tangga. 8. Macam macam kerja saya buat untuk survive melalui hidup yang semakin keras. Megi, roti jagung dan nasi bujang menjadi teman. 9. Saya tidak pernah mengalah. Saya dilahirkan sebagai seorang Champion. Bermula dengan berniaga di jalanan secara direct selling saya bangkit membina rangkaian perniagaan. 10. Kini saya tidak lagi gentar, melalui hidup yang mendatang. Kawan, Hidup ini penuh dgn pancaroba jatuh bangun. Hidup tanpa jatuh bangun akan jadi hambar tanpa warna. Tiada corak. Membosankan. Hidup adalah tentang perjuangan dan kebangkitan. Bukan tentang berapa kali kau jatuh tapi bagaimana kau bangkit melawan ombak taufan kehidupan. Aku, kau dan kita semua sama. Yang membezakan kita adalah jalan hidup kita dan cara kita bertindak balas terhadap ujian kehidupan. Hidup adalah perjuangan tanpa henti. Hidup menuntut kita untuk terus berjuang mempertahankan maruah diri dan orang yang kita sayangi. Semua hal dalam hidup memerlukan perjuangan. Tanpa berjuang, hidup akan berhenti sampai di situ sahaja, tanpa ada perubahan sama sekali. Tuhan tidak akan pernah memberikan dugaan diluar batas kemampuan kita. Semua yang kita laluai ia adalah di dalam radar kemampuan sahaja. Berjuanglah terus tanpa henti, sampai saat ketika Tuhan datang menjemput dan berkata, "waktunya untuk berehat" Alang-alang hidup. Hidup betul-betul. Biarlah hidup berjuang daripada mati mengalah. Hari ini kita masih hidup. Ayuh bangkit dari segala kesilapan dan kegagalan. Sukses setiap penjuru hidup! -Azri Walter & Arjuna #wildstallion #sebabbolehdik #henyaksampailunyai #azriwalter #kisahazriwalter #isbahkingdom