JIKA NAK BOIKOT, CONTOHILAH SABASUN HYPERRUNCIT Nak cakap pasal boikot barang yhdi ni, yang paling saya idolakan adalah Sabasun HyperRuncit dan salah seorang pemilik Sabasun. Saya berkawan baik dengan salah seorang pemilik Sabasun (saya tak pasti share partner atau macam mana sebab mereka adik beradik sebab tak pernah korek hal harta benda org), saya panggil dia Kak Su. Saya kenal Kak Su dah lama. Sejak Tahun 2015. Arwah Mak Kak Su, pengasas Sabasun HyperRuncit, Mak Su, saya dah anggap macam ibu saya sendiri. Seorang ibu yang sangat baik dalam memberi nasihat kepada orang muda, MasyaALLAH TabarakALLAH. (Al-Fatihah buat arwah Mak Su) Kak Su dan keluarganya, termasuk Sabasun HyperRuncit dah mula boikot produk isra**, dah lama. Yang saya kenal sejak 2015 tu, mereka dah mula sebelum dari tu lagi. Boikot mereka konsisten hingga kini. Mereka akan usahakan untuk tak masukkan produk dari sana ke dalam pasaraya mereka. Kadang malu pula bila saya tanya, “Kenapa takde brand sekian2 dalam Sabasun ye?” Kak Su jawab, “Owh. Kita boikot produk2 yhdi. Kalau kita tahu itu produk yhdi, kita memang tak bawa masuk.” Pernah Kak Su hubungi saya, tanya saya, “Atin pakai skin care apa sekarang? Kak Su baru tahu Clinique produk yhdi, Kak Su nak tukar produk laaa.” Ini perbualan masa Tahun 2017 kalau tak silap. Kadang-kadang, Kalau pergi rumah mereka, pernah berborak dengan mereka, bercerita pasal hal sekolah anak mereka. Beliau pernah bercerita, Sekiranya sekolah anak2 beliau menjamu McD atau KFC, anak2 beliau tak makan sebab dah dididik dari kecil untuk tak makan sebarang produk yang berasaskan dari sana. Dan selain membantu rakyat tempatan yang kesusahan, Sabasun HyperRuncit konsisten menyumbang dan turun sendiri ke Plstine untuk menyampaikan sumbangan dan berjumpa orang-orang di sana. Pernah juga Abang Kak Su, turun ke sana, sedang elok perang bermula. Bermacam cerita takjub diceritakan oleh Kak Su kepada saya. MasyaALLAH TabarakALLAH. Tambahan lagi, Harga barang mereka pun bukan harga yhdi tau. 😁 Harga sangat berpatutan. Nak boikot, Contohilah keluarga ini, pemilik Sabasun HyperRuncit. ✅ Boikot mereka tidak bermusim. ✅ Boikot mereka konsisten dari dulu sehingga sekarang. ✅ Boikot mereka pada barang keperluan/barangan runcit yang memiliki pembeli yang lebih besar. ✅ Boikot mereka dengan menggalakkan pembelian produk tempatan. ✅ Boikot mereka tidak menjejaskan pekerjaan dan periuk nasi orang lain. ✅ Boikot mereka dengan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. ✅ Sumbangan mereka bukan hanya pada ketika peperangan. 👉🏻 Nak boikot, boikot la dengan cara yang betul. 👉🏻 Buka mata luas-luas kesan dan akibat, yang mana beri kesan buruk pada rakyat tempatan, elakkan. Buat cara lain. 👉🏻 Konsisten boikot. Jika gigih buat pada waktu peperangan, gigihkan juga pada bukan waktu perang. Bukan buat sebab posting sedemikian dapat reach yang tinggi, ketika itulah kita ambil kesempatan. 👉🏻 Jika hati teguh dengan boikot, jangan pandang orang yang tak boikot takde perikemanusiaan. Berasa diri lebih baik dari orang lain tidak membuatkan anda jadi mulia sebagai raja/ratu boikot. Malah, itu ujian ALLAH kepada anda samada kebaikan anda buat diterima atau tidak. 👉🏻 Sediakan juga kesedaran besar-besaran tentang kaedah exit plan bagi rakyat yang terkesan dengan boikot. Jangan laungkan jihad di saat kita sendiri makan pakai cukup, hutang masih boleh dibayar, simpanan berpuluh ribu ringgit. Laungkanlah seruan jihad anda dengan ilmu. Semoga kita dapat belajar cara boikot yang betul dari pemilik Sabasun HyperRuncit. Kisah ini tidak pernah diceritakan di media sosial, tidak pernah didendangkan di mana-mana, kebaikan yang dibuat dengan senyap, penuh dengan kedamaian namun penuh dengan pengajaran. Berhenti bergaduh bab boikot. Usahakan untuk jadikan ia sebagai asbab penyatuan kita, Bukan memecahbelahkan kita. Support Sabasun HyperRuncit sek kita. 💪🏻 #boikotisrael #boikotberilmu #freepalestine #justsharing