Tonsil buatkan rasa tak selesa, nak makan pun tak lalu. Sakit!!! Untuk pengetahuan korang, tonsil merupakan dua kelenjar yang berada antara bahagian kiri dan kanan rongga mulut atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia juga berfungsi sebagai sistem imunisasi dalam badan kita. Tonsil adalah salah satu tisu yang berfungsi untuk melawan kuman yang masuk melalui saluran permakanan ataupun saluran hidung. Jika makanan yang mempunyai kuman itu masuk, ia akan melekat pada tonsil dan disitulah sel imunisasi kita akan memakan bakteria ini dan menghasilkan antibodi untuk melawan kuman tersebut. Tonsil bengkak dalam istilah perubatan dipanggil sebagai tonsilitis. Ia juga merujuk kepada keradangan tonsil. Kebanyakan kes tonsil bengkak disebabkan oleh jangkitan kuman. Gejala atau simptom awal tonsil ni dapat dikenalpasti, iaitu: • Sakit dibahagian rongga tekak • Nafas berbau • Demam panas • Lidah menjadi kering dan ada putih-putih di atasnya • Sakit dibahagian telinga dan tekak • Kelenjar limfa (lymph nodes) menjadi bengkak INGAT!! Kalau korang ada tanda-tanda macam ni, cepat cepat jumpa doktor tau dan rawatnya dengan segera, bimbang akan menjadi jangkitan kuman dan semakin melarat. Untuk pertanyaan, boleh hubungi kami di talian 09-712 4007. 📍LOKASI KAMI Berdekatan dengan Kedai Mulong & Nilam Puri. Dari Tunjung menghala ke arah Ketereh, klinik berada di sebelah kiri selepas hotel OYO. Klinik berada sebaris dengan kedai makan The W Kopitiam dan 7E Mulong. #tonsilitis #tonsil #rawatantonsil #kelenjarlimfabengkak #rawattonsilitis #rawatanpesakitluar #rawatankesakut #drlynapakarkulitnilampurikelantan #klinikprimerpakarkulit #klinikprimernilampuri #drnorazlinabthassan #drlynapakarkulitjerawatkelantan #drlynapakarkulitjeragatkelantan #drlynaklinikprimer #kelantan #kotabharu #pasirmas #bachok #tumpat #machang #tanahmerah #terengganu #jerteh #setiu #dungun #pahang #kuantan