Dalam beberapa riwayat, diketahui bahawa ada 6 pertanyaan di alam kubur yang diajukan oleh malaikat yang utamanya tentang rukun Iman , iaitu: 1. Man rabbuka? (Siapa Tuhanmu?) Jawapan: Allahu Rabbi (Allah Tuhanku) 2. Man nabiyyuka? (Siapa nabimu?) Jawapan: Muhammadun nabiyyi (Muhammad Nabiku) 3. Man dinuka? (Apa agamamu?) Jawapan: Al-Islamu dini (Islam agamaku) 4. Man imamuka? (Siapa imammu?) Jawapan: Al-Qurโan imamuka (Al-Qurโan imamku) 5. Aina Qiblatuka? (Di Mana kiblatmu?) Jawapan: Al-Kabatu qiblati (Kabah kiblatku) 6. Man Ikhwanuka? (Siapa saudaramu) Jawapan: Al-muslimun wal-muslimat ikhwani (Kaum muslim dan muslimah dan muslimah saudaraku) Pertanyaan tersebut mungkin terdengar biasa dan mudah dijawab, tetapi jawapan atas pertanyaan tersebut tergantung amal ibadah kita selama hidup di dunia. Bagi muslim yang taat, pertanyaan tersebut sudah pasti dapat dijawab dengan mudah. Ketika seorang muslim berhasil menjawabnya, akan terdengar suara penyeru dari langit, โBenar hamba-Ku ini! Hamparkan tikar dari syurga kepadanya, lalu angin syurga datang kepadanya. Suruh dia istirehat seperti istirehatnya kedua pengantinโ. Namun, bagi orang kafir, mereka tidak akan bisa menjawab pertanyaan tersebut dan akan terdengar suara dari langit, โHamba-Ku ini seorang pendusta, penolak ajaran, hamparkan tikar dari api neraka, maka siksa sampai kiamat datangโ. #duniasementaraakhiratselamanya #hasbunallahwanikmalwakil #muslimreminder #islamicreminders #deepquote #quoteoftheday #taubatsebelumwafat #alambarzakh #menantidibarzakh #bismillahfypใท #CapCut