“Kau pukul aku yang tengah nyenyak tidur hanya disebabkan perempuan tu?” Ace menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan. “God damn it!” cerca Ace keras. “Kenapa abang ni?” “Thea, dia Kristian, Thea. Macam mana aku boleh kahwin dengan dia pulak? Ya Allah!” Ace sudah terasa seperti mahu menumbuk wajahnya sendiri. “Tapi dia boleh masuk Islam! Manalah Thea tahu! Salah Thea ke?” Thea tidak mahu kalah. “Then, salah aku ke kalau kau yang mimpi aku kahwin lain sampai kau pukul aku?” Ace memandang Thea dengan wajah geram. “Salah abanglah! Siapa suruh kahwin lain dalam mimpi Thea! Kahwinlah dalam mimpi sendiri, barulah Thea tak marah sangat. Sibuk nak tumpang mimpi orang, dah kenapa?” marah Thea sebelum dia menampar kuat bahu Ace. “Kau ingat, kalau aku yang mimpi aku akan cerita dekat kau ke yang aku kahwin lain dalam mimpi tu?” balas Ace. Boleh trauma dia tidur dengan Thea lepas ni. Sedap-sedap tengah tidur, tiba-tiba kena pukul. “Oh! Jadi abang naklah mimpi abang boleh kahwin lain?” Mata hazel Thea merenung tajam ke dalam anak mata kelabu Ace. “Kau ni memang suka twist ayat aku kan? Ada yang aku bagi sebijik atas muka tu karang.” Boleh gila dia melayan Thea. “Huh! Pergilah kahwin lain dalam mimpi tu!” Terus Thea berpusing membelakangkan suaminya dengan wajah masam. #pbakl2024 #miveneno #MVjilid2 #hudanajwa #ace #thea #commandoshistreasure