Personaliti media sosial iaitu Yuletta Yucha mendapat kecaman dan kritikan daripada warganet susulan nyanyiannya yang didakwa ‘sumbang’ ketika melakukan persembahan siaran langsung di atas pentas. Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, Yuletta mendendangkan sebuah lagu rakyat popular iaitu Ulek Mayang. Difahamkan personaliti media sosial itu membuat persembahan bagi salah satu program siaran langsung yang diadakan oleh sebuah stesen televisyen tempatan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengkritik cara nyanyian Yuletta yang didakwa berbeza dengan lagu-lagu ‘cover’ yang pernah dinyanyikannya di platform TikTok sebelum ini. Saya selalu dengar lagu Ulek Mayang rasa seram, tapi ni rasa geram pula. Kebanyakkan menyanyi dalam TikTok, mikrofon dah siap ‘auto tune’ sebab tu sedap. Bila pakai mirkofon lain jadi macam ini lah. Bukan lagu Ulek Mayang ni puteri dia ada tujuh orang, kenapa aku dengar tadi dua je? Dalam pada itu, sesetengah warganet bersetuju dengan kenyataan penyanyi, Usop baru-baru ini yang meluahkan rasa kecewa terhadap trend terkini iaitu terdapat sesetengah pihak yang mengangkat pempengaruh dengan mudah untuk menjadi seorang penyanyi. Kadang-kadang apa yang Usop cakap ada benarnya. Betul apa Usop cakap, saya setuju. Sumber: TikTok #yulettayucha #tiktoker #netizen