Dah setahun saya sebarkan maklumat ttg kiamatbiklim dan kemusnahan Antarctica yg akan memberi impak kepada Malaysia dan dunia especially selepas saya balik dari pelayaran ke persisiran pantai Antarctica utk melihat kesan runtuhan dan pencairan nya dalam misi Climate Force 2041 bersama Sir Robert Swan. so ni ini info yg di akui sainti:-Setiap perubahan di benua Antartika akan mempunyai kesan kepada Malaysia khususnya dalam aspek iklim meskipun negara berada jauh dari kutub itu. Antartika yang dikelilingi Lautan Selatan menyimpan kira-kira 90 peratus air tawar permukaan bumi dalam bentuk lapisan air, glasier dan bongkah ais, dengan Lembaran Ais Antartika adalah simpanan air tawar di bumi yang bersamaan dengan hampir 60 meter paras laut. "Lautan Selatan pula ialah sinki karbon paling berkuasa dan menyerap kira-kira 30 peratus daripada keluaran karbon dioksida yang disebabkan oleh manusia. (Antartika) tidak terlepas daripada mendapat kesan buruk akibat pemanasan global yang akan membawa kepada bencana ke seluruh muka bumi seperti kemarau melampau, gelombang haba dan banjir besar. "Kemusnahan amat besar jika bekuan ais ini mencair. Istilah yang lebih mudah, apa yang berlaku di Antartika memberi kesan kepada seluruh planet dan Malaysia tidak akan terlepas daripada kesannya," katanya sambil menyeru masyarakat untuk menyebarkan maklumat berkaitan benua Antartika dan kepentingannya dalam kehidupan. #kiamatiklimbersamadsm #kiamatiklim #antarcticamencair #arcticmencair #greenlandmencair #glaciermencair #bencana #bencanaalam #biartahujanganpanic