Nak masak something yang different dan membuka selera? Jom try masak ni, Masak Lemak Jantung Pisang dengan menggunakan MAGGI Cukup Rasa. Tak perlu banyak lauk dah, ini sahaja dah cukup! Macam biasa, resipi saya share di bawah ok! Cuba tau! #MAGGICukupRasa #wanitacukupberani #masakbersamaMAGGI #resipi #ResipiMudah #HomeCooked Ramuan 1 biji jantung pisang 10 biji cili padi 2 batang serai Segengam ikan bilis 1 kotak santan 1 inci kunyit hidup MAGGI Cukup Rasa Cara Memasak Langkah 1 Revus dan potong jantung pisang halus halus. Kemudian kisar kunyit hidup, bawang, cili hingga hancur. Tumbuk ikan bilis jangan terlalu hancur. Masukan kesemua bahan kedalam periuk. Langkah 2 Masukan serai yang diketuk. Kemudian masukan santan dan air untuk kuah. Hidupkan api dan sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak. Bila sudah mendidih masukkan MAGGI Cukup Rasa. Langkah 3 Bila jantung sudah empuk bolehlah ditutup apinya. Sedia untuk dihidangkan.