Menurut banyak kajian, apabila orang perempuan ada masalah, mereka akan bercakap tentang masalah itu tanpa ada niat mahu mencari jalan bagaimana menyelesaikan masalah. Bagi mereka, dapat bercakap itu sendiri adalah penyelesaiannya. [1] Dia mahu masalahnya didengar sehingga habis. [2] Kepuasan dirinya adalah apabila dia dapat bercakap-cakap tentang masalahnya. [3] Tiada masalah kecil, masalah besar, masalah remeh atau masalah penting. Baginya masalah ialah masalah. [4] Meluahkan masalah kepada pasangan adalah cara mereka membina hubungan dan keintiman. Berbanding orang lelaki [1] Fokus kepada menyelesaikan masalah. Diam-diam masalah itu diselesaikan. [2] Kepuasan dirinya adalah apabila dapat selesaikan masalah. [3] Mereka mengkelaskan masalah. Mana masalah remeh, mana masalah penting. Sukar mendengar lelaki bercerita masalah remeh-temeh. [4] Apabila isteri menceritakan masalah kepada suami, cepat-cepat suami mahu memberi nasihat dan idea bagaimana masalah itu boleh selesai. Apabila kita menjadi ketua, belajarlah problem solving gaya lelaki. Supaya emosi kita tidak berasa penat, jiwa tidak merana dan tempias tekanan tidak terkena kepada orang di bawah kepimpinan kita. Orang bawah hanya mahu mendengar idea dan solusi daripada ketua mereka. Itu sumber motivasi dan harapan. Banyak meluahkan perasaan dan mempamerkan emosi negatif akan memperlihatkan kita ketua yang lemah. #leadership #communication #ilmukomunikasi #problemsolving #hidjaafar