Tular di media sosial kisah seorang wanita terkejut kereta diguna individu tak dikenali ketika baru balik daripada Kuala Lumpur baru-baru ini. Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang wanita bernama Intan Natachka telah memuat naik kisah yang dianggapnya kelakar. Menurut Intan, dia dan ibunya baru sahaja tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA), Sabah daripada Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Namun, sebelum tiba ke KKIA dua orang adik kepada Intan sudah pun berada dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk mengambil mereka. “Dijadikan cerita, saya dan ibu saya baru balik dari Kuala Lumpur. Dalam perjalanan ke lapangan terbang, Feritz sempat ambil gambar Adam tengah memandu,” katanya. Bagaimanapun, adik kepada wanita itu tidak memberi tahu kereta siapa yang digunakan untuk mengambil Intan dan ibunya. Sebaik keluar dari lapangan terbang, Intan sudah ternampak kelibat keretanya dari jauh dan berniat mahu mengejutkan ahli keluarganya. Keluar ja pintu lapangan terbang dari jauh lagi saya dah nampak kereta saya. Adam sebenarnya memang nakkan kereta saya untuk di jadikan kereta dia. “Jadi saya jalan terus ke kereta dengan niat di hati nak bagi kejutan untuk dorang berdua,” ujarnya. Namun begitu, sebaik sahaja Intan membuka bonet kereta untuk menyimpan barang, dia terkejut kerana tiba-tiba seorang wanita Cina keluar dari kereta berkenaan. Wanita Cina itu kemudiannya mendakwa Intan telah tersalah kereta disamping menyatakan kereta itu sudah dijual. Pada awalnya, Intan berasa sedikit malu kerana menyangka dia sebenarnya tersalah kereta namun selepas pemeriksaan, Intan percaya itu keretanya. Intan menidakkan kenyataan wanita Cina itu yang mendakwa keretanya sudah dijual dan berkata dia tidak pernah menjual kenderaannya itu. Walaubagaimanapun, Intan cuba bersangka baik dan berfikir kemungkinan ini merupakan kejutan istimewa berupa kereta baru untuknya. Rupa-rupanya, kereta Intan yang sepatutnya sedang berada di sebuah bengkel telah disalahguna oleh keluarga mekanik untuk mengambil rakannya di lapangan terbang. Pendek cerita, kereta saya yang sedang dibaiki di bengkel telah disalahgunakan oleh keluarga mekanik untuk ambil rakannya di lapangan terbang. “Ibu saya pula sewaktu kejadian banyak diam kerana dia sendiri hairan kenapa saya ketawa sepanjang berbincang dengan wanita Cina itu. “Bila dah sampai rumah, saya ceritakan semula untuk semua ahli keluarga saya. Barulah dorang faham dan tergelak,” katanya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut terhibur dengan kisah yang dikongsikan oleh Intan itu. Dalam pada itu, ada juga warganet yang meluahkan rasa berang mereka terhadap tindakan mekanik yang dianggap tidak telus. Nasiblah akaknya pun baik, kalau tak dah gaduh teruk jugak nanti. Sumber: Facebook Intan Natachka #bengkelkereta #klia #mekanik