Suasana rumah terbuka Aidilfitri bertukar kecoh apabila air ketuban wanita hamil pecah ketika beraya di rumah orang dan menunjukkan tanda-tanda mahu melahirkan. Video yang dimuat naik pengguna TikTok dikenali yuzashila memaparkan seorang wanita berbaju kurung warna merah jambu yang sedang sarat hamil duduk di atas sofa memaklumkan air ketubannya sudah pecah. Tindakan itu membuatkan orang ramai yang berada di dalam rumah tersebut turut panik apabila air ketuban mula membasahi sofa yang terletak di ruang tamu. Bertambah lucu, tuan rumah sempat berseloroh dan memaklumkan sofa tersebut baru dibelinya kira-kira dua minggu yang lalu. Tambahnya, wanita hamil itu kelihatan tenang sahaja meskipun air ketuban sudah pecah dan tidak seperti orang di dalam rumah itu. Disoal mengenai keadaan wanita itu sama ada sudah melahirkan zuriat atau sebaliknya, individu tersebut memaklumkan dia sudah dibawa ke hospital. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan air ketuban pecah sebelum melahirkan zuriat masing-masing. Sumber: TT yuzashila #airketuban #pecah