Dalam usia begini, Allah masih beri penglihatan yang jelas tanpa pakai cermin mata, telinga masih jelas mendengar, tangan masih laju menulis, tenaga yang masih cergas untuk berdiri lama beri ceramah. Ditambah pula dengan teman hidup yang setia, Tok Mak (Beliau pun baru sambut hari kelahiran ke-75), ada anak-anak yang taat, cucu yang comel dan manja serta ada anda semua yang mengenali Tok Abah dari mula Tok Abah muncul di kaca tv sampai ke saat ini. Sokongan dan dokongan anda semua sangat magical dan luar biasa. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa baik anda semua. Bersempena dengan hari istimewa Tok Abah ini, Tok Abah nak hadiahkan khas untuk anda semua para peminat Tok Abah. Tok Abah nak berikan 2 E-Book tulisan Tok Abah untuk anda semua pada harga tak masuk akal. Terus tekan link di bio Tok Abah ya untuk dapatkannya. Semoga bertambahnya usia Tok Abah ini anda semua doakan kesihatan dan kesejahteraan Tok Abah, moga terus menerus dapat berbakti pada ummah dan bangsa. Ikhlas, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Orang Jawa Handsome. #mentalperkasa #sanahhelwah #happybirthday #pakarmotivasi #parenting #family #thefadzilahs #excelcare #kiraini #excelpro #excelplus #greatday #kekuatan #remajapurba #pakarmotivasimalaysia