Assalamualaikum, Da Jia Hao, Vanakkam KETUA PENGARANG BERITA MEDIA CETAK / ELEKTRONIK / PORTAL Tuan/Puan, JEMPUTAN KE SIDANG MEDIA MENGAMBIL SURAT SAMAN Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian Tuan/Puan mengenai perkara di atas. 2. Untuk pengetahuan rakan media saya mahupun peguam saya tidak pernah menerima sebarang surat saman sebagaimana yang dinyatakan oleh menteri sumber asli dan kelestarian alam, Nik Nazmi bin Nik Ahmad. Ini ternyata satu agenda perbodohan dan pemanipulasian minda rakyat dengan membuat kenyataan yang menipu rakyat Malaysia sebagai seorang Menteri. 3. Oleh yang demikian, saya sendiri akan ke pejabat beliau bagi mendapatkan surat tersebut jika ia benar-benar wujud sebagaimana ditularkan. Sidang media akan dibuat selepas saya mendapatkan surat saman tersebut seperti ketetapan berikut: TARIKH :29 Disember 2023 (Jumaat) MASA : 11.30 pagi TEMPAT : Lobi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam,Blok F11, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1,62000 Putrajaya, Malaysia. 4. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi : a) Encik Zambri Abu Bakar di talian : XXX b) Encik Zool Amali Hussin di talian : XXX c) Encik Shafiq Abdul Halim di talian : XXX 5. Kehadiran tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. "BERSATU, BERAMANAH, BERMARUAH" Badrul Hisham Shaharin Ahli Jawatankuasa Penerangan Pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia LIKE | FOLLOW | SHARE #CapCut #ShafiqHalim #PNtetapBEST #BersihdanStabil #tiktokmalaysia #malaysia #viral #fyp #trending #politik #rakyat #muhyiddinyassin #fypシ #fypage #fypシ゚viral #foryourpage #selamatkanmalaysia #hamzahzainuddin #orangkita #PerikatanNasional #wansaifulwanjan