Nak resipi menu bulan Ramadan? Istimewa kali ini Pak Nil bersama Rasa kongsi resipi Kari Udang & Keledek. Sesuai untuk menu berbuka puasa ataupun semasa sahur bulan puasa nanti. Senang je, sesuai untuk semua. Paling istimewa, resipi ini menggunakan Anchor Cooking Cream dan Anchor Unsalted Butter. Bila guna kedua-dua produk Anchor ni, masakan kita jadi lebih sedap, berkrim dan harum baunya. Sangat sedap. KARI UDANG & KELEDEK *BAHAN-BAHAN:* 250ml Anchor Cooking Cream 125gram Anchor Unsalted Butter 200ml air 10-15 ekor udang (saiz medium) – bersihkan 2 biji ubi keledek (saiz medium) – buang kulit & potong dadu besar 6 biji bawang merah – kisar 3 ulas bawang putih – kisar 2sm halia – kisar 1 labu bawang besar – mayang halus 4 sudu makan rempah kari 1 sudu teh serbuk garam masala 2 tangkai daun kari ½ sudu teh halba campur ½ sudu teh gula Garam secukupnya Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba! #DairyliciousMY #AnchorDairyMY #NewZealandGoodness #memorirasa #majalahrasa #rasashare #kariudangdankeledek #resipi #recipe