Seorang wanita terkilan selepas dilayan secara biadab oleh pemilik gerai makan yang dipercayai terletak di utara tanah air. Menurut hantaran wanita tersebut, pemilik gerai yang dikunjunginya berang selepas pengguna tersebut menegur tentang layanan yang tidak memuaskan. “Macam ini ya layan pelanggan? Dari awal memang biadab. Ambil order pun asal boleh, hendak senyum jauh sekali. Apabila ditegur baik-baik, terus mengamuk. “Dalam video ini, saya sendiri yang kena (marah). Lepas buat pesanan, ada antara kami yang hendak tukar. Tapi owner cakap pada pekerja lain, hang layan kejap, banyak sangat tanya. “Selepas melakukan pembayaran, saya sempat menegur pemilik kedai dan memintanya untuk melayan pelanggan dengan lebih baik pada masa hadapan,” katanya. Berang dengan teguran tersebut, pemilik gerai bertindak mencampak duit wanita tersebut ke atas meja sebelum memberi amaran supaya lebih bersopan ketika bercakap. Tambah pengguna tersebut, pemilik kedai juga mengugut mahu memukulnya dan menularkan wajahnya di laman sosial sebelum menanggalkan selipar untuk dibaling ke arah pengguna tersebut. #xtramy #fyp #pemilik #gerai #biadap #marah #pelanggan #beritaditiktok