Tanah Palestine ini adalah isu Islam, dan juga isu kemanusian. Setiap orang yang berperikemanusian tidak ada alasan untuk tidak mengutuk keras segala kekejaman yang zalim berlaku di tanah Palestine setelah sekian lamanya, sehinggakan nyawa mereka disana ibarat lansung tiada nilainya dan diperlakukan tanpa lansung ada belas kasihan. Kehancuran yang berlaku di sana jauh melebihi apa yang sedang kita lihat di media hari ini. Mereka hampir mendapat dukungan penuh dari Media barat di atas kekejaman yang mereka lakukan, tetapi mereka lupa suara kita akan lebih lantang untuk menyuarakan kebenaran! Solidariti dari pelbagai medium di seluruh dunia hari ini hampir mendedahkan segala propaganda kekejaman zionis Israel terhadap tanah Palestine dan nescaya era zionis sedang menuju tempoh hayatnya tidak lama lagi. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, ayuhlah kita bersatu hati, lantang dan Jangan gentar untuk terus pertahankan hak bumi Palestine! Saya menghitung hari, mengimpikan untuk melihat kemerdekaan di tanah suci Palestin kerana saya percaya janji Allah Itu benar dan sudah tertulis. Allah sebaik baik perancang. Allahuakbar, Amin 🤲🏼🇵🇸🤍 To my family in Palestine, we witnessed your suffering. We witness the violence and injustice in your Holy Land and our hearts break! #istandwithpalestine , we are one body. I pray Allah give you victory, strength, power and guidance. I pray you will make it out stronger than ever, smarter than ever, and more faithful than ever. 🤍🇵🇸 Ya Alllah, give them all they deserve after all this is over. Amin YRA 🤲🏼🤍 #freepalestine #malaysiawithpalestine