Kereta Putus Dua, Penyelia Dewan Makan Maktab Mahmud Maut Dalam Kemalangan BALING -- Seorang wanita dilapor maut selepas sebuah kenderaan jenis Proton Iswara yang dipandunya terputus dua dalam satu kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux semalam. Memetik Astro Awani, kejadian berlaku di Jalan Kampung Bukit Pak Kuning, Kuala Ketil. Difahamkan, mangsa, 37, yang merupakan penyelia dewan makan Maktab Mahmud Baling meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat, pada jam 5 petang, pihaknya menerima info mengenai kemalangan dua kenderaan tersebut. Kata Shamsudin, seorang lelaki berusia 57 tahun memandu trak pikap berkenaan bersama seorang penunpang wanita berumur 54 tahun Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta mereka dalam perjalanan dari arah Kuala Ketil menghala ke Parit Panjang. "Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta Proton Saga Iswara yang dipandu mangsa yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan Toyota Hilux berkenaan dalam kedudukan melintang. "Disebabkan jarak terlalu dekat, pemandu kenderaan pikap itu tidak sempat mengelak lalu melanggar di bahagian hadapan sebelah kiri Proton Saga Iswara berkenaan menyebabkan ia terputus dua," ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis Tambahnya, mangsa (pemandu kereta Proton Iswara Aeroback) terbabit tercampak ke kiri jalan susulan kemalangan itu dan cedera parah. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Sementara itu, pemandu dan penumpang pacuan empat roda hanya mengalami luka ringan di bahagian dahi. Sehubungan itu, mayat wanita itu kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim bagi proses bedah siasat. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. #bukitpakkuning #kualaketil #kedah #protoniswara #toyotahilux #maktabmahmud