Bahan chemical sunscreen tidak selamat? BETUL KE? *Tolong SHARE post ini untuk bantu orang lain dapat info yang betul.💪🏻 Assalamualaikum semua. Kali ini KL terpaksa memberi penjelasan panjang lebar mengenai isu bahan sunscreen organik (chemical sunscreen) yang dikatakan tidak selamat. Kebanyakan video di Tiktok pasal bahaya bahan sunscreen sekarang ni memetik satu review paper yang dah satukan pelbagai kajian mengenai sunscreen. Bahaya nya review paper macam ni adalah, ia cuma ‘merujuk’ kepada kajian-kajian lain, jadi kalau kita cuma baca review paper ini sahaja, kita tak akan dapat faham apa SITUASI atau method yang dijalankan. Sama ada dia jalankan atas tikus ke, sel haiwan ke atau sel manusia, kita tak dapat nak baca dari review paper. Contoh, dikatakan ‘bahan Octinoxate ini toksik’ dengan rujuk paper sekian2. Tapi bila kita betul2 baca paper kajian yang dirujuk tu, sebenarnya ia diuji pada tikus dengan cara DIBERI MAKAN bahan tersebut, dan konklusinya adalah ‘kajian lebih lanjut diperlukan’, sebab tiada pembuktian yang kukuh. Tapi kalau kita cuma baca sahaja review paper tadi tanpa cuma cross check dgn sumber asal, kan kita dah buat fakta salah kat situ? Jadi KL nak sampaikan kat sini, BERETIKA LAH BILA KITA KONGSI PENGETAHUAN DENGAN NETIZEN. Tak kisahlah influencer ke, chemist ke, doctor ke, founder ke atau sesiapa pun posisi ANDA! Satu lagi fakta yang kita perlu tahu, bahan sunscreen adalah antara bahan yang paling ketat dikawal selia, bukan senang2 je boleh campur dalam formulasi. Tahu tak, ia mengambil masa sehingga 21 tahun untuk satu-satu bahan tu dapat approval FDA? Beribu-ribu kajian perlu dilakukan dengan kos puluhan juta dollars untuk yakinkan para penilai keselamatan seluruh dunia bahawa ianya selamat? Jadi takkan sebab pendapat seorang influencer sahaja kita terus nak abaikan kajian-kajian yang dilakukan selama ini? Oklah, kat sini KL nak jelaskan pasal 3 bahan utama sunscreen yang dikatakan bahaya dalam video tu. Eh, tak jumpa pulak dah ye video viral tu kan Tiktok.. hmm kenapa ye? Dah delete ke? U all tengok jelah video KL ni sampai habis. Ini komen dari KL yang baru 10 tahun je pengalaman buat formulation cosmetics bersama kawan baik KL, Dr. Fred Zulli. 🥰 #eiymajalil #haus #hauscosmetics #chemicalsunscreen #sunscreen