Happy 6th anniversary to us 3 february. Kami kenal di apps Tinder. Kali Pertama kami berjumpa pada October 2017 nikah February 2018 . saya yang minta suami masuk islam dan nikah dengan saya jika dia sayang saya. Alhamdulillah suami setuju . Alhamdulillah juga jodoh kami panjang sehingga kehari ini. Kerana sebenarnya saya tak expect jodoh kami panjang sebab… saya selalu putus Cinta dulu hati dah kering sebab selalu broken heart🤣 Selain itu, Kami nikah ini lebih kepada persetujuan kami untuk menghalalkan hubungan percintaan kami mengikut agama islam. Dah macam kahwin contract kan?🤣 kerana kami ada perjanjian sebelum kami bernikah🤣 Diantara pejanjiannya ialah, 1. Suami wajib masuk Islam sebelum bernikah. Dan belajar membaca alfatihah dan maknanya. 2.Tiada paksaan dari saya untuk suami menjalankan ibadah jika suami tidak mahu. 3. Dan Selepas kami sudah nikah , dalam masa 2 tahun , jika kami serasi, saling sayang menyayang dan jika suami mahu mendalami islam, belajar islam , barulah kami akan daftar kahwin dan buat majlis serta jemput semua orang dan bagitau semua orang. Sebenarnya, Masa nikah ini pun ada ramai yang saya tak bagitau (nikah senyap 🤣)hanya keluarga terdekat dan yang tinggal berdekatan sahaja yang tahu. ada juga kawan yang saya bagitau kami pertunang saja ada juga kawan yang saya jemput last minit sebab tetiba majlis jadi besar sikit🤣 Kerana saya tak mahu ramai orang tahu saya sudah berkahwin🤣 sebab memang saya mahu nikah untuk dapatkan halal relationship sahaja jika kami breakup then macam tu saja🤣 Alhamdulillah keluarga saya semua setuju kecuali ibu angkat saya kerana beliau seorang mempunyai education yang tinggi dan sangat risau akan keselamatan saya lagi lagi suami orang Russia🤣 ibu angkat cuma suruh kenal kenal dulu. Tapi saya sudah buat keputasan . oleh itu, Saya teruskan untuk nikah saja dulu dan planning saya bawa la suami jumpa ibu angkat selalu lepas 2 tahun daftar kahwin dan buat majlis baru bagitau awal awal. Tapi siapa sangka, selepas nikah penat gila walaupun buat kenduri kecik saja kemudian selepas 2 tahun kami buat keputusan untuk daftar buat surat kahwin dan terus buat anak tanpa majlis. Saya dapat rasa Ibu angkat saya agak kecewa bila tahu tetapi beliau juga sangat gembira untuo kami alhamdulillah 🥰 Alhamdulillah Alhamdulillah syukur sangat dapat suami yang sangat penyayang dan jaga saya dari awal hingga sekrang dengan sangat bagus serta dengan rela hati dia mahu mendalami Islam. doakan kami semoga kami berjalan bersama ke jalan yang lurus dan diredhoi oleh Allah dan dapat bersama sehingga ke Syurga yang abadi Aminnn aminnn #fyp #mylovestory #kisahbenar #mixedmarriage #Russian #vietnamese #youandme #happyanniversarymylove #maivolovestory