Paso Bunga Muo — Lorong Karat Muo Seperti semua peniaga kecil di luar sana, kita pun nak cuba benda baru. So kami decide utk try buat paso bunga utk jual secara offline. Merasa orang kata. Kebetulan pula ada yg mengajak. So kita pun try. Maka bermula la kisah kami. Pada mulanya secara suka suka and lama lama menjadi rutin setiap jumaat & sabtu di lorong karat muo. Selain cari income tepi weekend, kami pun dapat bertemu dengan pelbagai ragam manusia, berkenalan dengan peniaga peniaga lain. Di sini kami rasa mcm mana rasanya meniaga berpanasan, rushing sebab customer menunggu, yela biasanya kita cuba berwasap, buat di studio depan muka ada kipas, ada aircond. Rasa puas rupanya meniaga mcm ni. Kat sini kami nampak abg kakak bundle setup satu persatu barang mereka. Nampak dorang dtg setup baju, mainan, jam & pelbagai lagi. Minggu pertama abg Sukun Kartonis pun ada. eh tak lama lepastu ada pulak abg kakak kopi. Abg kakak kopi pun tunjuk skill masing masing buat kopi without machine kopi, manual. Siap shake shake, power tau. Bukan kopi je dorang bawa mai, ada pula cake cupcake, bihun nasi lemak. Tepi gerai kami pula ada roti kukus, sedap kemain. Ada roti rendang la, kari la, kaya nutella semua ada. Kakak roti dtg niaga dengan anak dr pagoh. Jauh dr lorong karat. Makin lama makin meriah. Seronok. Ramai sgt orang. Tak pernah lengang. Bila ramai rasa penat berniaga tu hilang. Kami nampak mcm mana sweet nya orang muo, ada yg beli utk pasangan utk isteri, yang beli dengan kawan kawan. Tersenyum kami. Alhamdullulah rezeki dari Allah, rezeki melihat senyuman dan kegembiraan pelanggan. Terima kasih orang muo yg sudi berkunjung ke tempat kami 🫶🏻 Mungkin tempat kami tak seberapa, tapi kalau bersedih, datang la. Rawat la hati dengan kegembiraan. Datang melihat telatah org, dtg menikmati kopi dan datang melihat bunga bunga yg cantik di depan mata. Insyaallah terubat 😊 Bertemu lagi kita esok di lorong karat muo, jam 8pm-12am. Kami open setiap hari jumaat & sabtu. Singgah ya 😊 #RoadToTikTokAwardsMY #fyp #flowermarket #muarjohor #coffeeaddict #flowermarketmuar #johorfoodie