BAITULMAQDIS: Kumpulan pejuang Houthi Yaman telah melancarkan ‘sebilangan besar’ peluru berpandu balistik dan dron ke arah Israel; dan memberi amaran tentang lebih banyak serangan akan menyusul. Jurucakap kumpulan itu, Yahya Saria berkata, serangan udara, yang terdiri daripada dron serta peluru berpandu balistik pada lewat Selasa (31 Okt) itu dilakukan ‘atas rasa tanggungjawab keagamaan, moral, kemanusiaan dan kebangsaan’ untuk penduduk Gaza, dalam menghadapi kelemahan dunia Arab, dan pakatan sulit beberapa negara Arab dengan Israel. “Operasi itu juga didorong oleh permintaan rakyat Yaman." Sumber: Harakahdaily #war #warzone #independentcountry #syeduwaisqorni #ilhamsuq #malaysiatiktok #islam #yaman #CapCut