Banyak tips Khairul Aming bagi dalam livenya tapi aku tertarik dengan satu kualiti yang ada pada dia. (Dan dah ramai hilang kualiti ni) Ada orang bergurau tanya dia dalam live- "KA taknak pakai mustang ke?" Sambil gelak die jawab: "Aa mustang. Pakai Bezza je. Sekarang aku pakai 4x4. Bezza bagi kat adik aku dah." Camtu lebih kurang jawaban die. Sale dalam 3 tahun ni dah capai 33 juta. Die tetap dengan Bezza, tukar 4x4 pun sebab bisnes. Sebab keperluan. 2018 die cerita. Masa content die meletop. Die dapat tawaran job endorse produk skincare dengan bayaran RM200k. Tapi die tolak. Baru buat content, dah dapat tawaran RM200k. Tempting weh. Tapi KA berjaya tolak. Sebab apa? Sebab 1 kualiti mahal ni: DELAY GRATIFICATION. Kebolehan menunda kehendak. Dia fikir panjang. Die fikir direction die. Bukan duit semata-mata. Sebab die mampu tunda kehendak, dia boleh tepis tawaran-tawaran duit yang tak selari dengan goal die. Sebab tunda kehendak, die dapat jaga kualiti brand die sendiri. Delay gratification ni powerful. Terutama sekali dalam pengurusan kewangan. Ramai orang nak menyimpan duit. Ramai orang die tahu die kena buat saving. Tapi apa yang jadi? Ramai tak mampu tepis kehendak. Ramai tak mampu menunda kehendak. Dengan iklan sentiasa lalu lalang di media sosial. Dengan offer tiap bulan ada. Dengan macam-macam lagi tawaran gila, ramai orang kalah dengan kehendak. Mereka tak mampu tunda kehendak. Kesannya bukan sekarang. Kesannya 5-10 tahun akan datang. Sebab tu orang cakap, kalau kita menang dengan nafsu, kita akan menang dalam hidup. It is indeed true. #ohbulan #CapCut #fypシ #fyp #malaysiatiktok