Isteri kepada bekas ahli kumpulan In-Team, Allahyarham Mohd Suhaimi Saad iaitu Nordiana Mohd Naim bersyukur apabila semua urusan pengebumian suaminya berjalan dengan lancar. Nordiana atau lebih mesra dipanggil Ina yang pernah bergelar penyanyi berkata demikian ketika ditemui media di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi hari ini. Menurut laporan Kosmo! Online, pengebumian arwah yang dirancang dijalankan sekitar pukul 10 pagi telah selesai sejam lebih awal. “Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan. Ikutkan perancangan pengebumian arwah dijalankan pada pukul 10 pagi, tapi dalam pukul 9 pagi semuanya selesai. “Allah mudahkan daripada hembus nafas berakhir sampai pagi hari ini alhamdulillah,” katanya. Pada masa yang sama, Ina berkata tugas dan tanggungjawab arwah sebagai ketua keluarga mengenalkan anak-anak kepada Allah dan agama Islam sudah selesai. “Tugas dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga mengenalkan anak-anak kepada Allah dan agama Islam sudah selesai,” ujarnya. Selain itu, arwah juga sempat meluahkan rasa syukur kerana dapat memberi ilmu agama kepada anak-anak sebelum menghembuskan nafas terakhir. Bila kami bersembang enam beranak, arwah akan pesan kepada anak-anak, abang jaga ibu ayah, ibu jaga anak-anak. “Katanya alhamdulillah tanggungjawab sebagai ayah sudah selesai kenalkan kepada Allah, al-Quran, hadis kena pegang kuat-kuat. “Itu antara yang arwah pesan semasa dia dalam keadaan sakit. Kami juga saling meminta maaf minta halal makan minum,” kongsinya. Tambah Ina, dia akan menghabiskan tempoh iddah di rumah ibu bapanya di Felcra Sungai Ara selain akan berfikir untuk perancangan masa depan selepas tempoh berkenaan. “Saya akan habiskan iddah di rumah orang tua, selepas itu saya fikirkan apa rancangan untuk keluarga seterusnya tapi saya percaya Allah akan mudahkan urusan saya dan anak-anak,” katanya. Sumber: Kosmo! Online (Masturah Suradi) #inanaim #suhaimisaad #alfatihah #takziah