"Udin sendiri yang masak nasi lemak ni bang, RM1.20 je sebungkus. Saya ambil kursus memasak masa dekat sekolah" Inilah Udin pelajar lepasan SPM dan juga pesakit jantung berlubang. Yatim piatu dari kecil dan dibesarkan oleh makciknya sendiri. Tak mampu bekerja tapi terpaksa jual nasi lemak kerana ingin bantu makciknya yang baru sahaja patah kaki terlibat dengan kemalangan. Syukur Alhamdulillah dapat santuni adik udin ketika dia sedang berniaga, dapat beri hadiah dan dia sangat terkejut dapat sebanyak itu Sesiapa berdekatan Petronas Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak boleh lah support setiap pagi.