Next adaptasi Calon isteri buat suami Fazli bangun tinggalkan dua beradik ini. Dia mahu bertemu imam Razak. Banyak hal nak dibincangkan tentang pernikahan Haizi nanti. Sebaik sahaja Abang Longnya menghilang, Haida cepat-cepat duduk di tepi Haizi. “Macamana Akak boleh bercinta dengan anak Datin tu?” Dia mengorek rahsia, mahu membongkar cerita tentang kisah cinta kakak dan bakal iparnya. Haizi cuma ketawa kecil. “Tak bercinta pun. Dia tengok akak dia berkenan terus bagitahu mak dia.” “Wah, tapi tak sangka kan orang kaya macam Datin tu nak bermenantukan Akak.” Haizi katawa besar. “Eh bukan semua orang kaya tu jahat, pilih darjat pilih rupa atau keluarga. Banyak je yang macam Datin tu.” “Bestlah akak kan dapat jadi menantu orang kaya.” ‘Kalaulah Haida tahu apa sebenarnya yang berlaku.’ “Belum sempat Haizi menjawab telefon bimbintnya berbunyi. Cepat-cepat dia bangun dan berdiri jauh sedikit bila nama Raja Nazim tertera di skrin. Haida yang mengerti kakaknya mahu menyendiri cepat-cepat melangkah turun ke dapur. “Hello. Assalamualaikum.” Haizi beri salam selepas butang hijau ditekan. “Esok mama saya nak ke sana. Berapa hantaran yang awak nak? Bagitahu siap-siap senang saya nak bawa esok.” Bagai ada belati tiba-tiba mengiris dan menyusuk tajam sehingga tembus kehatinya bila mendengar suara Raja Nazim. “Tak boleh ke kalau awak jawab salam saya dulu?” Tak ada niat dia nak perli tapi hatinya sakit dengan terjahan Nazim. Nazim diam di hujung talian. “Macam inilah Raja Nazim, saya bukan nak jual diri apatah lagi idamkan duit ringgit awak. Soal hantaran saya tak mahu tentukan. Cukup senaskah Al-Quran. Saya tak hadap duit ringgit awak. Dan satu lagi Raja Nazim, jangan ingat duit boleh beli segalanya. Ya mungkin awak boleh beli semua dengan duit ringgit awak, tapi awak tak boleh beli cinta, kasih sayang dan maruah seseorang dengan duit ringgit awak.” Sakit hatinya dengan pertanyaan Nazim. Dia langsung tak pernah fikir soal hantaran. Macamlah dia tak ada simpanan untuk buat majlis itu nanti. “Eh yang awak nak melenting kenapa? Saya tanya sebab senang esok saya nak bawa sekali. Tak payahlah tazkirah saya macam saya ini jahat sangat.” Haizi diam. Nada Nazim bagai orang tengah merajuk. ‘Aku salah cakap ke?’ “Saya tak cakap pun awak jahat.” Haizi menyandar di tingkap. Bibirnya diketap. “Awak sentap ke?” “Ya Cik Haizi saya sentap. Tengah menahan rasa ini. Awak ini kan bab menuduh orang nombor satu tau. Dahlah siap keluar segala ceramah dan nasihat.” “Manalah saya tahu niat awak tanya macam tu.” “Em, habis tu tak payah bawak duit hantaranlah. Al Quran je kan?” “Er, kalau awak nak bagi duit hantaran saya terima je.” Hatinya menahan rasa ketawa. Dia tak pasti kalau Nazim sedang tersenyum atau sedang marah di sana. “Haizi, awak ni kadang-kadang kelakarlah. Okeylah saya datang esok dengan Mama dan Uncle. Em, by the way mama kata rumah awak banyak buah-buahan. Sekarang musim apa?” Haizi cepat-cepat pandang ke dusun di luar tingkap. Rambutan gading sedang ranum menguning. Berjuntaian di hujung dahan. “Rambutan gading banyaklah. Awak nak ke? Kalau nak, saya nak suruh Abang Long kaitkan.” “Awak rasa-rasa saya tanya tadi saja-saja ke? Kalau saya dah tanya maknanya saya nak lah. Kait banyak sikit sebab nak bawa bekal balik KL.” Haizi tersenyum sendiri. “Okeylah, saya nak letak dulu. Jangan lupa rambutan saya. Satu lagi, awak pakai cincin saiz apa?” “Saya pakai saiz tujuh. Er tak payahlah beli cincin untuk saya.” Dia segan sebenarya kalau Nazim ataupun Datin Zainab terpaksa habiskan duit untuk dia. “Ada saya cakap nak belikan untuk awak ke? Jangan perasan boleh tak?” Aduh sakitnya hati. Baru ingat nak berbaik dan Nazim buat balik. “Saya pun tak inginlah.” mahu sahaja dia lempang muka Nazim kalau lelaki itu di hadapannya saat ini. Kedengaran ketawa Nazim. “Okeylah saya nak letak dah. Waalaikumusalam, saya jawab salam awak tadi.” Sebaik sahaja Nazim letak telefon, hati Haizi kembali sakit. Dia tahu Nazim permainkan dia tadi. Malunya dia. #calonisteribuatsuami