Hai semua! Dah pikir ke hujung tahun nak travel mana? Yang belum ada idea tu meh la kita cuba naik keretapi tidur (sleeper train) dari KL sampai la ke Bangkok! Harus cuba sekali dalam seumur hidup! Meh abang kongsikan sedikit panduan & tips untuk naik SLEEPER TRAIN di Thailand ni. 🔻Bahagian pertama (KL - Hat Yai) Pertama sekali korang boleh naik train ETS atau bas ekspress dari Kuala Lumpur ke Hat Yai. Sleeper Train ni perjalanannya bermula dari Hat Yai ke Bangkok. Yang penting kita kena sampai di Hat Yai dahulu. Nak murah dan senang naik sahaja bas ekspres dari Hentian Duta ke Hat Yai berharga RM65 seorang sehala. Naik malam dari KL, sampai awal pagi di Hat Yai. Nak naik ETS pun boleh jugak dari KL Sentral sampai ke Padang Besar, kemudian tukar naik keretapi Thailand pulak dari Padang Besar hingga ke Hat Yai. Kos naik ETS mahal sedikit, dan kena banyak kali tukar pengangkutan untuk ke Hat Yai. 🔻Bahagian Kedua (Hat Yai - Bangkok) Bahagian ini yang kita akan naik keretapi 'overnight' selama 19 jam dari Hat Yai ke Bangkok tu. Ada beberapa perjalanan tren Hat Yai - Bangkok setiap hari. Ada kelas pertama, kedua & ketiga. Berhawa dingin atau kipas. Untuk jenis yang abang naik ni adalah tren berkatil bawah (sleeper berth) kelas kedua. Nama tren ini adalah Special Express CNR. Tren buatan China yang lebih moden & selesa. Keretapi ini dipanggil tren no. 32 untuk perjalanan Hat Yai - Bangkok, dan dipanggil tren no. 31 untuk perjalanan Bangkok - Hatyai. Keretapi yang sama, cuma nombor tren merujuk kepada arah perjalanan. Keretapi ini akan bertolak jam 5.45 p.m waktu Thailand dari stesen Hat Yai Junction & sampai di Stesen Bangkok (Hua Lumphong) jam 12.30 p.m keesokan harinya. Lebih kurang 19 jam perjalanan. Tiket katil bawah kelas kedua berharga THB 1,105 (RM135) untuk perjalananan sehala. Untuk katil bahagian atas lebih murah sedikit, dan untuk kelas pertama pastinya lebih mahal. Tiket keretapi ni abang dah beli awal 3 hari sebelum dari laman web Thai Railways sendiri. (https://www.railway.co.th/Home/Index). Boleh juga beli tiket keretapi di kaunter stesen, harga sama sahaja beli online atau pun di kaunter. Tapi dinasihatkan untuk beli lebih awal takut tiket habis. Tiada cafe di dalam tren ini. Dinasihatkan membawa makanan sendiri takut kebuluran. Boleh beli siap² di Hat Yai sebelum naik tren. Jam 7.00 p.m menjelang waktu Maghrib, petugas keretapi akan tukarkan kerusi yang kita duduk menjadi katil. Setiap penumpang dibekalkan selimut, bantal, dan kain cadar yang baru. Tandas besar, bersih & selesa. Orang OKU pun boleh guna. Ada pekerja pembersihan yang akan membersihkan selalu tandas & laluan koridor. Tren akan hanya berhenti di bandar² besar seperti Patthalung, Surat Thani, Hua Hin untuk penumpang naik dan turun. Di Hua Hin, tren berhenti lama sedikit & ada peniaga luar yang mengambil kesempatan menjual sarapan pagi. Tapi tak halal lah ya. Terdapat soket pengecasan di setiap tempat penumpang serta meja yang boleh dilipat. Jadi tak perlu risau bateri telefon habis, atau boleh buka laptop kalau sambil² layan pemandangan luar tu. Bila waktu pagi, boleh pesan kopi untuk sarapan pagi serta minta air panas sekali kalau bawa Maggi. Tapi yang ni kena minta dari petugas keretapi, dan kena bayar la sikit untuk kopi & biskut. Lepas Subuh jangan tidur balik, pemandangan di luar sangat mengasyikan dengan suasana desa beserta sawah padi yang terbentang luas. Masa ni la nak bergambar ala-ala 'healing' kononnya tengok view 🤣 Walaupun perjalanan 19 jam, memang tak rasa bosan & terasa lama. Macam² boleh buat dalam train ni. Termenung tengok view sambil pikir kenapa cinta bertepuk sebelah tangan 🤣 Macam duduk hostel la kiranya boleh berjalan ke sana ke sini dalam tren. Kalau ada geng sekepala lagi ngam. Boleh borak panjang. Lebih kurang tengahari sampai lah kita di Bangkok! Boleh lah naik Grab atau tuk tuk ke hotel penginapan. Update terkini: Stesen Hualamphong di Bangkok dah ditutup dan tak digunakan lagi sekarang.#Lemon8