Masih lagi berbaju melayu yg sama dari bangun tidur petang semalam. Bangun tidur ptg semalam, ipang terus ke pintu rumah..jengok kiri kanan, kemudian masuk biliknya n berdiri di tepi tingkap mengadap jalan ( belum pernah dia berkelakuan begini sebelum ini) ..tgok kiri kanan, beralih pulak ke tingkap yg mengadap nursery bunga, melihat ke arah nursery.Biasanya,kalau kereta ada di rumah n ayahnya tiada di dalam rumah..dia memang tahu, mesti ayahnya mesti ada dlm nursery bunga. Sbb itu smlm ,bila dia tgok kereta kami ada terus dia melihat ke arah nursery...mungkin dia fikir ayahnya ada di situ. Bila saya memujuk utk mandi, dia jeritkan saya n arahkan saya keluar dari biliknya dan tutup pintu. Saya keluar Dan perlahan2 saya mengintai apa yg dia buat. Airmata saya gugur bila melihat, ipang berdiri dan bergerak dari satu tingkap ke tingkap yg lain sambil menjenguk kan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Saya amat pasti dia mencari ayahnya. Bila saya cuba memujuk,terus dijeritkan saya dan mencubit lengan saya tanda marah. Bila dia dah bertenang, saya bagi mkn n mandikan dia. Siap semua, terus dia ambik kunci kereta Dan saya pakaikan baju melayu utk ambil gambar kenangan raya. Kemudian saya tukarkan dgn t shirt sbb cuaca panas . Walaupun pakai t shirt,spjg masa dia bawa baju melayunya dlm keter n dlm umah. Ptg semalam, mesti dia rasa satu kelainan..kenapa kami tak balik kampung.(saya agak,dia tahu semalam hari raya ) Byk kali saya kena cubit semalam. Along keluar beraya ke rumah kwn2nya n tinggallah saya dgn ipang. Saya mati akal, kemana nak bawak dia meronda di hari raya...kedai semua tutup. Last ,saya bagitau..kita jln ke umah bapa saudaranya yg jarak dlm 10 km. Nasib sampai kat umah bapa saudaranya time takde org . Kat situ pun, perangai masih tak elok. Bila saya bercakap aje ,dia akan jerit marahkan saya. Saya n tuan rumah, semua senyap. Saya sepatutnya tidak boleh keluar rumah, tidak boleh ke rumah org yg jaraknya jauh tp apakan daya saya..saya perlu mengutamakan ipang dlm semua hal. Saya bimbang dia mengamuk krn saya tahu,saya tidak mampu untuk layan dia berseorangan . Pasti saya akan di serang. Dulu,time ada suami, suami yg akan di serang..sekarang,pasti saya menjadi tempat dia melepaskan geramnya. Moga Allah ampunkan dosa saya kerana melanggar hukumNya dalam edah. Saat ini, masih lagi belum tidur dan tetap mahu berbaju melayu walaupun di beri baju t shirt utk keselesaannya tidur nanti dlm cuaca begini . Doa saya pada Allah, hadirkan lah ayahnya dlm mimpi ipang supaya dia tidak terlalu merindui ayahnya. Terimakasih @bigplayerclothing atas pemberian 2 pasang baju melayu utk ipang tahun lepas. Moga terus dimurahkan rezeki,aamiin. #Doauntukipang .