Replying to @. Kenapa nak diagnose? Tak takut ke ? Kan doc ckp anak ada penyakit2 autisme adhd ? Tak sedih ke? Sebenarnya saya memang dah tahu apa y terjadi selepas diagnose , mungkin naluri ibu, tapi sy dah berlapang dada , untuk terima semua ni.. cuma sbelom ni ada jgk terfikir ( takut ank disisih dari orang2 biasa) tapi sy fikir sampai bila aku nak terus malu? Sedangkan banyak kelebihan KAD OKU untuk dia, dia sangat perlu. Sebab zahra nak masuk darjah 1 , sy tahu anak x boleh nak go ke akedemik ni, sy risau nanti dia tersisih dalam kelas, jadi sy ambil langkah untuk diagnose dia, sy refer kat Kk, n doc buat surat untuk refer kat pakar hospital, pastu selepas 2 bulan tu baru dapat tarikh, Alhamdulillah semalam jugak zahra diagnose mild Autisme, maybe sebab sy dah bawak report2 harian zahra di sekolah, n doc dah tengok n dia pon ada uji kaji zahra semalam, Alhamdulillah semuanya mudah, Untuk next appoiment 3 bulan lagi hanya untuk tahu perkembangan terkini anak, zahra kena teruskan EiP untuk lagi membantu dia ,#speechtherapy #mildautisme #anakspecial #speechdelay