Penyanyi dangdut, Baby Shima meraih perhatian di media sosial selepas memuat naik video yang ‘trigger’ warganet di Instagram dan TikTok semalam. Menerusi video tersebut, Shima menggunakan filter ‘I Stand With Israel’ yang mempamerkan bendera negara itu namun pada hujung rakaman dia menumbuk dan memijak menandakan protes. Rata-rata pengikutnya meninggalkan komen mengatakan mereka terkejut serta hampir memaki hamun Shima dek kerana filter tersebut Namun, Shima turut dikecam sesetengah individu kerana bergurau tentang isu tersebut malah aktres Janna Nick turut menegur penyanyi dangdut tersebut. Warganet lain turut mengkritiknya kerana membuat video sebegitu dan berpendapat dia sememangnya seorang attention seeker dan sukakan kontroversi SUMBER : Instagram #babyshima #jannanick