info
#CapCut Resepi Pandan Custard Impossible Cake š Resepi Telur 4 Biji (Gred A) Pure Butter 115g Gula Kastor 135g Esen Vanilla 2tsp Tepung Gandum 125g Susu Full Cream 500ml Pandan Emulco 1tbsp Pewarna Hijau Cara-Cara 1. Panaskan oven pada suhu 145-150C. Grease loyang 8x8 inci dan letakkan kertas parchment. 2. Asingkan kuning telur dan putih telur. 3. Dalam satu bekas campurkan kuning telur, gula dan butter. Masukkan pandan emulco esen vanilla dan pewarna mix sehingga smooth. 4. Masukkan tepung satu bahagian, mix sebati dan kemudian masukkan sebahagian lagi tepung. Kacau sebati. 5. Kemudian masukkan susu sehingga sebati dengan speed perlahan sahaja. Kemudian ketepikan. 6. Di dalam bekas lain whip putih telur sehingga stiff peaks. 7. Kemudian kaup balik di dalam bancuhan pertama tadi perlahan lahan sehingga sebati. Jangan over beat. 8. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 60-70 minit bergantung kepada jenis oven. Biarkan sejuk di luar seketika selepas masak dan kemudian sejukkan di dalam peti sejuk selama 1 ke 2 jam sebelum di keluarkan daripada loyang. 9. Potong dan hias dengan dairy whipping cream yang telah di whip. Tips - Ketika proses pembakaran kek di bahagian atas mungkin akan merekah, jangan risau ia akan kembali normal selepas disejukkan. Loyang pula boleh juga nak pakai saiz 7x7.
Duration: 58 sPosted : Mon, 27 May 2024 15:37:52Views
137Daily-
Likes
8Daily-
Comments
2Daily-
Shares
0Daily-
ER
7.30%Daily-
Latest