info
KUCHING: Genap 81 hari selepas dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara ke-20,Senator Datuk Mutang Tagal menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.46 pagi tadi. Mendiang menutup mata di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sejak 6 Mei lalu. Beliau sebelum itu dibawa pulang segera daripada lawatan kerja rasminya di Azerbaijan setelah mengalami serangan jantung di sana. Mutang, 69 tahun menjadi ahli parlimen pada usia 26 tahun. Ia adalah sesuatu yang mengejutkan bagi dirinya ketika itu biarpun sejak di universiti telah memasang impian untuk memasuki politik. terlibat dalam nahas helikopter di kaki Gunung Murud, Bario pada 2004 yang menyebabkan nyawanya melayang. Ketika itu kata Mutang, beliau telah terlibat dalam perniagaan dan hanya memberi sokongan dari belakang kepada abangnya itu. Selepas kematian Dr Judson, nama Mutang kembali hangat diperkatakan setiap kali pilihan raya negeri dan parlimen. Namun beliau tidak pernah melobi untuk tujuan tersebut. Nama Mutang bagaimanapun kembali jadi sebutan pada 2021 apabila beliau menjadi pengasas dan dilantik sebagai Presiden Dewan Perniagaan dan Perinudstrian Orang Ulu (OUCCI). Ini diikuti dengan pelantikan sebagai Timbalan Presiden, Dewan Perdagangan dan Perindustrian Dayak (DCCI). Pada 12 Januari 2017, Mutang turut dilantik sebagai Konsul Kehormat Romania untuk Sarawak. Namun kejutan paling besar bagi pemilik Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Curtin University dan suami kepada Datin Ho May Leng ini ialah apabila dinamakan sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu pada 19 April lalu. Katanya, ia tidak berlaku tanpa kepercayaan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan timbalannya Datuk Amar Douglas Uggah Embas. “Juga kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya berasa amat berbangga dan dihormati atas kepercayaan yang diberikan ini,” katanya kepada penulis. Beliau dimaklumkan tentang pencalonan itu daripada Uggah sebelum menerima panggilan daripada Anwar tidak lama kemudian. Menjadi anak Dayak pertama yang memegang jawatan tersebut, beliau mengakui ia tanggungjawab yang amat besar. “ Pertamanya kerana saya kembali ke Parlimen hanya selepas 34 tahun, dan keduanya, saya mewarisi kasut besar yang perlu diisi.” Kenyataan itu wajar kerana kerusi itu pernah diduduki oleh nama-nama besar seperti Wan Junaidi dan Tan Sri Rais Yatim; yang pernah berada dalam kabinet negara dan pakar dalam bidang undang-undang. Anak Lun Bawang yang lembut namun tegas ini meninggalkan seorang isteri dan tiga anak. Biarpun seketika mengetuai Dewan Negara, kehilangannya amat dirasai. Kredit : Astro awani portal news #RIP #sarawaktiktok #fypシ゚viral #fypシ゚
Duration: 0 sPosted : Fri, 10 May 2024 09:37:06Views
542Daily-
Likes
15Daily-
Comments
1Daily-
Shares
0Daily-
ER
2.95%Daily-
Latest