info
Sumber Jabatan Kerja Raya Sabah Untuk makluman, Jalan Lintas direka bentuk dengan had kelajuan 80KM/J, iaitu berpandukan kepada Piawaian JKR (JKR U5). Walau bagaimanapun, had kelajuan diturunkan menjadi 60KM/J bermula pada titik A1 hingga titik A2 (laluan arah Inanam) dan titik B1 hingga titik B2 (laluan arah KKIA) dengan jarak lebih kurang 550 meter (rujuk Gambar 1). Had kelajuan ditetapkan kepada 60KM/J pada lokasi ini kerana terdapat Persimpangan U Bertingkat dan susur keluar / masuk berdekatan Lintas Plaza dan Klinik Kesihatan Luyang. Penurunan had kelajuan ini adalah bagi mengurangkan risiko kemalangan pada lokasi tersebut. Had kelajuan 60KM/J ini tamat pada titik A2 dan B2 dan seterusnya had kelajuan jalan akan kembali kepada 80KM/J. #sabahmajujaya #kotakinabalu #inanam #kkia #sabahantiktokers #jkr
Duration: 0 sPosted : Sat, 04 May 2024 06:52:51Views
558Daily-
Likes
12Daily-
Comments
2Daily-
Shares
0Daily-
ER
2.51%Daily-