info
hidup ni kena sentiasa bersyukur. dulu akula orang yang paling tak bersyukur. hidup aku rasa sangat bercelaru. setiap masa rasa sedih. kecewa. sentiasa persoalkan "kenapa" hidup aku ni malang dan sedih, tak bahagia macam orang lain. kenapa aku ni lahir dalam keluarga yang tak kaya. sampai aku dah besar, aku ada income sendiri. walaupun duit masuk berpuluh ribu setiap bulan mesti aku rasa tak cukup. aku ada rumah sendiri, aku ada kereta mewah dan aku boleh beli apa sahaja yang aku nak. tapi kenapa aku still rasa sedih? kenapa aku rasa ada je benda yang tak cukup? aku rasa duit tak boleh beli kebahagiaan. tapi sebenarnya aku salah. aku tak bersyukur sebabtu aku tak pernah rasa bahagia dari dulu sampai aku dah besar. aku tak buka mata untuk lihat hidup orang sekeliling. aku tak bersyukur yang kehidupan aku ni jauh lebih baik berbanding dulu. aku sentiasa rasa hidup aku paling sedih. aku bodoh. aku ada suami yang baik dan bertanggungjawab, kakak yang sayangkan aku. apa lagi aku nak? once bila aku belajar untuk bersyukur, aku rasa hidup aku lebih dari cukup. bahagia yang aku sendiri tak jangka. betul lah orang kata, bahagia ni kita yang bina. belajarlah bersyukur dengan apa yang kita ada. nikmat yang kita rasa harini belum tentu orang lain dapat rasa. kita rasa hidup kita teruk, malah ada yang lagi teruk dari kita. nikmatilah hidup ini dengan penuh kegembiraan. jangan sia siakan dengan nikmat yang than beri. simpan air mata untuk tangisan kegembiraan bukan tangisan yang sia sia. usaha untuk teruskan hidup dan perbaiki diri bukan menyalahkan takdir hidup ini.
Duration: 13 sPosted : Fri, 03 May 2024 15:04:53Views
237.8KDaily-
Likes
7.3KDaily-
Comments
8Daily-
Shares
15Daily-
ER
3.07%Daily-