Pemgalaman lahirkan baby Faeeq berbeza dari anak2 Madam ini baby yg ke 5. Sejak perut 7 bulan saya dah mula sakit pinggan dan tulang pubik akibat kedudukkan baby yg berat sebelah menyebabkan pinggang saya terkehel sebelah kanan. Doctor minta saya bertahan sehingga 38 week. sebab saya tak ambik dexa untuk bayi pramatang seperti anak2 lain. jadi kena limitkan kerja2 dikhuatiri baby keluar awal. struggle juga nak jalani kehidupan harian dengan pinggang yg terkehel. Alhamdulillah suami banyak bantu. pada minggu ke 35 keadaan saya semakin teruk sampai tak bileh berjalan twrpaksa dipapah atau guna kerusi roda sampai saya minta doktor percepatkan kelahiran baby. Doktor kata tak boleh sebab baby baru 2.kg lebih tunggu sampai 37 week kalau semua okey kita beranak paksa. Masa 37 week doktor scan dan bagi tau baby around 2.8kg dan bermulalah proses beranak paksa ....... perh.... pengalaman betul start masuk ubat jam 6 pagi sampai jam 10 masih tak dak apa2 tanda contraction dan tetap 3cm . Selepas tu doctors mulakan proses yg sangat menyakitkan untuk buka pintu rahim baru start contractions bermula jam 10 sehingga jam 1 proses tampa henti menggigil seluruh badan menahan sakit induce dan proses turunkan bayi sebab baby dok atas tak mau turun . Bangun duduk bangun duduk untuk masukkan kepala baby pada laluan yg betul Allah sahaja yg tau. Saya pulak tak ambik epidural maka menanggunglah kesakitan Doctor selup tarik kepala baby perlahan lahan sangat perit 😭. Pada saat kepala bayi masih tinggi Doctor suruh teran tiba2 perut terasa menggigil kelaparan dan takdak tenaga dah. Menjerit saya kata lapar lapar tak boleh nak push . Nurse baik hati bagi kurma 3 biji selawat2 makan cepat2 lepas tu terus push baby keluar . 4 atau 5 kali tarik energy untuk keluarkan baby faeeq Sekali keluar nahhhh 3.7kg 🤦♀️🤦♀️🤦♀️. Patutlah susah betul nak teran dia keluar. Alhamdulillah lega dah keluar seketoi budak Handsome nie sekarang dah 45 hari usia dia. Syukur semua selamat dan sihat . #baby #45hari #berpantang #bersalin