info
Dia jual mahal tapi dia juga yang cemburu 😂 “Sayang…” Terdengar suara manja Shiela menyapa telinga, spontan itu pandangannya ditolehkan ke sebelah. Saat terpandangkan Sheila yang sedang melenggang bagai itik pulang petang menghampiri Idzhar, anak mata semakin galak memerhati. Saat gadis itu merangkul lengan Idzhar sambil berbisik manja ke telinga lelaki itu, air mukanya terus berubah. Membuatkan dia panas hati apabila Idzhar hanya membiarkan sahaja setiap perlakuan gadis itu dan begitu galak melayan kegedikan Sheila sambil ketawa mesra. Entah kenapa hatinya semakin membara melihat kemesraan diantara keduanya. Lebih membuatkan dia meluat apabila Sheila tergedik-gedik seperti belut sambil menggeselkan tubuhnya di lengan Idzhar. Arghhhh! Miang betul! Ejeknya dalam hati. Tidak sanggup melihat kemesraan keduanya, dia terus berbisik mengajak Shah mencari minuman. Shah yang perasan perubahan wajah sepupunya itu mengangguk sahaja dan terus meminta diri dari Datuk Hasmadi dan Idzhar. “Shiela tu anak bongsu Datuk Hasmadi,” terang Shah sambil menghulurkan minuman kepada sepupunya itu. Arissa mendengar saja tanpa perasaan. Langsung tidak berminat untuk mengambil tahu tentang gadis itu walau matanya sesekali masih lagi menjeling pandang ke arah Idzhar dan Shiela yang berada tidak jauh dari tempatnya berdiri. Melihat gadis itu memeluk pinggang Idzhar sambil melentokkan kepalanya di bahu Idzhar, hatinya semakin membara. Idzhar pula nampaknya bukan main seronok lagi diperlakukan begitu oleh gadis seksi seperti Sheila. Cuba meredakan panas hatinya, tanpa sedar sudah tiga gelas air diteguknya ketika itu sahaja. #aaideapublication #ameeraameer #dukabersulamrindu #idzhararissa #ebookdukabersulamrindu #dukabersulamrinduameeraameer #novelmelayu #novelcinta #ebookfyp #trending #noveldukabersulamrindu #ebookfyp #noveltiktok #fyp #lagendanovel #ameeraameer
Duration: 14 sPosted : Mon, 29 Apr 2024 02:41:29Views
352Daily-
Likes
7Daily-
Comments
0Daily-
Shares
1Daily-
ER
2.27%Daily-
Latest