info
Innalillah hiwaiina ila hirojiun salah seorang sahabat saya Mohd Shahrizan telah meninggal dunia dalam kemalangan helicopter ketika membuat latihan pagi tadi yang melibatkan 10 terkorban. Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah adalah ketika LIMA langkawi tahun lepas bersama rakan saya @Ceo Bieziy @Ceo Burn dan juga @Nayiiem di camp cafe langkawi. Arwah siap memberi hadiah kepada kami iaitu baju LIMA yang saya simpan sampai sekarang. Sepanjang saya mengenali arwah, arwah memanggil saya dgn panggilan “bang”. Sedangkan dia tua lagi daripada saya. Saya panggil dia abg, dia pun panggil saya abg. Arwah merupakan baik hati, ramah, walaupun raut wajah kelihatan ganas tapi arwah merupakan seorang yang baik. Senyuman xpernah tinggal bila jumpa saya. Semoga keluarga arwah kuat selalu dan moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman❤️
Duration: 0 sPosted : Tue, 23 Apr 2024 10:21:43Views
750.2KDaily-
Likes
69.3KDaily-
Comments
371Daily-
Shares
319Daily-
ER
9.33%Daily-