info
Pengalaman pertama dah terakhir bila rombongan meminang anak perempuan sulong saya, diadakan dirumah kakak saya di Sungai Seluang. Pihak pengantin lelaki diketuai oleh Besan saya kini, bertanyakan berapakah wang hantaran. Saya dengan pantas menjawab, depa berdua ( anak saya dan pasangannya ) dah berbincang. Ikutlah apa yang depa bincangkan. Besan saya bertanya lagi, ayah tak mau letak harga ka. Saya jawab, kalau saya percuma. Tanpa memberi alasan. Jawapan saya mengejutkan pihak rombongan. Namun sampai hari ini mereka tertanya-tanya maksud jawapan saya, percuma. Bagi saya menantu lelaki, adalah penyambung kasih sayang seorang ayah. Bagi saya kasih sayang seorang ayah tiada harga yang boleh ditukar ganti. Saya tidak mahu membebankan seorang yang bakal menyambung kasih sayang ayah. Sebelum itu saya pernah berbual personal dengan anak sulong saya. Saya katakan kepada dia, jika bakal menantu ayah tak cukup belanja, bagi tau kat ayah. Ayah akan sediakan wang hantaran untuknya. Anak saya ketawa. Namun dalam hati saya ikhlas. Saya tak main-main dalam perkara ini. Walaupun mereka mampu namun bagi saya inilah nilai kasih sayang sayang, kepada anak sulong saya. Selepas berkahwin, saya setiap malam mesej anak sulong saja. Dia sekadar reply icon. Dek kerana kerap sangat, anak saya bertanya rindu ka ? Sejak hari itu saya berhenti untuk mesejnya setiap malam kerana saya malu untuk menyatakan perasaan rindu saya kepada anak perempuan saya. Anak perempuan saya datang melawat saya. Perasaan gembira saya tidak dapat dipamirkan kerana ego seorang ayah. Hakikatnya saya rindu. Gambar ini tiada kaitan. Namun gambar ini inspirasi untuk saya menulis. Kredit: Cikgu Joe Satun #malaysianupdate #malaysianupdateofficial #malaysianupdatenews #fyp #viral
Duration: 0 sPosted : Sun, 21 Apr 2024 17:19:57Views
2.2MDaily-
Likes
69.8KDaily-
Comments
2.7KDaily-
Shares
6.3KDaily-
ER
3.58%Daily-