info
JAWAPANNYA: TAK BOLEH 1. Setiap duit raya yang anak-anak dapat lebih atau kurang maka ia milik masing-masing. 2. Ibu bapa tidak boleh ambil hak abang untuk diberikan kepada adik supaya sama banyak kerana duit raya abang adalah hak abang. Duit raya adik adalah hak adik. 3. Mungkin ada yang berkata, kami telah maklumkan/minta izin kepada anak-anak untuk dibahagikan sama rata. Jawapannya tetap tidak boleh bagi anak-anak yang belum baligh kerana anak-anak yang belum baligh tidak mempunyai kelayakkan yang cukup dari segi syarak untuk membuat sebarang pengeluaran harta atau pelepasan hak hartanya seperti sedekah, hebah, memberi pinjam dan seumpamanya. 4. Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh menyebutkan kanak-kanak belum baligh tidak sah melakukan tindakan mengeluarkan harta miliknya seperti hebah dan sedekah walaupun dengan izin ibu bapa atau wali. 5. Oleh itu, tindakan ibu bapa yang menyama rata duit raya anak-anak dengan mengambil hak anak yang lain adalah salah dan tidak sah dari sudut syarak. 6. Cadangan saya, jika mahu menyama rata duit raya anak-anak, guna duit sendiri untuk ditambah pada duit raya anak yang dapat kurang tersebut. 7. Jika duit raya anak dah tercampur dalam beg ibu, pertama asingkan mengikut sampul raya yang sama. Kedua kumpul duit raya daripada sampul yang tak sama. Ketiga, tambah duit ibu bapa bagi sama banyak nilai dengan duit daripada sampul yang tak sama tersebut. Terakhir, bahagi sama rata kepada anak-anak. Kaedah ini adalah ijtihad sendiri sahaja. Ambil jalan berhati-hati lebih baik daripada bermudah-mudah. Kredit: Hafiz Al Za'farani - HAZA #tiktokmalaysia🇲🇾 #peringatandirisendiri #KongsiBersama
Duration: 0 sPosted : Wed, 17 Apr 2024 07:56:45Views
37.1KDaily-
Likes
267Daily-
Comments
0Daily-
Shares
166Daily-
ER
1.17%Daily-