info
Resepi minggu keempat ramadhan dari dapur DCM TEHA 🧑🍳. Daging Dendeng ❤️ Jom cuba resepi simple daripada kami untuk berbuka hari ini: Bahan A – sediakan bahan goreng - 5 ulas bawang merah (bawang kecil) – hiris - 4 ulas bawang putih – hiris - 1 inci halia – hiris *Goreng separuh garing semua bahan A dan ketepikan. Bahan B (bahan tumis) - 1 batang kayu manis - 3 biji bunga lawang - 1 senduk cili kering kisar - 3 ulas bawang merah (kecil)* - 2 ulas bawang putih * - 1 biji bawang besar * - 1 inci halia * Kisar semua bahan bertanda * Bahan lain - 3 batang serai - 4 helai daun limau purut - Kicap manis - Kicap pekat - 1 asam keping CARA PENYEDIAAN DAGING DENDENG: 1. Potong daging mengikut saiz yang diingini. 2. Rebus selama 30 minit dan tapis. Air rebusan daging jangan dibuang. 3. Keluarkan hiris nipis dan tumbuk. 4. Gaulkan daging dengan kicap manis dan kicap pekat. Perap selama 15 minit. 5. Goreng daging. Jangan terlalu garing. Pastikan air rebusan. 6. Panaskan minyak. Masukkan serai, kayu manis dan bunga lawang. Tumis sekejap. 7. Masukkan semua bahan tumis/kisar. Tumis sehingga pecah minyak. 8. Masukkan daging, kacau. Masukkan air rebusan daging. 9. Masukkan daun limau purut dan asam keping. 10. Tambahkan kicap manis dan kicap pekat. Jangan banyak, takut terlalu masin. 11. Masak sehingga kuah sedikit pekat, masukkan bahan goreng (bahan A) 12. Biarkan sehingga daging masak dan sebati. Siap! Selamat mencuba. #dapurteha #resepisimple #dendeng #menubukapuasa #ramadan
Duration: 28 sPosted : Fri, 05 Apr 2024 04:53:26Views
566Daily-
Likes
29Daily-
Comments
0Daily-
Shares
2Daily-
ER
5.48%Daily-
Latest