info
AIDILFITRI TANPAMU SAYANG Mia Kiff Misha tarik nafas lega, urusan penceraian mereka selesai akhirnya. Walaupun Arshad menggunakan pelbagai cara untuk memanjangkan kes penceraian namun kebijaksanaan Riyadh selaku peguam syarie membuatkan keputusan mahkamah berpihak pada Misha. Arshad juga dituntut melangsaikan segala hutang pada Misha termasuklah hutang nafkah dan hak penjagaan anak juga jatuh ke atas Misha. "Bagi abang tempoh 6 bulan, abang janji abang akan langsaikan segala hutang abang pada Misha dan abang akan buktikan abang betul-betul nak berubah. Sekarang abang dah sedar, lelaki macam abang ni memang tak layak untuk sesiapapun. Abang suami tak guna dan suami yang jahat pada Misha selama ni." Luah Arshad sedih. "Abang takkan cari perempuan lain sebab perempuan dalam hidup abang cuma Misha seorang. Abang dah berbuat dosa pada Misha dan abang nak tebus balik. Abang nak perempuan yang sama, bersama abang ketika abang bukan lelaki yang baik dan ketika abang berubah menjadi yang lebih baik. Iaitu Misha. Hanya Misha. Cuma abang nak Misha janji dengan abang, setia dengan abang dan jangan kahwin lain. Abang harap, Aidilfitri ini adalah Aidifitri terakhir tanpa Misha dan Aidilfitri seterusnya, Misha akan ada disisi abang sampai bila-bila..." Arshad meninggalkan pesan setelah mereka selesai bercerai. Misha tarik nafas dalam-dalam dan melepaskan berat. Peluang kedua? Wajah Riyadh yang berada di sebelahnya, di pandang dalam-dalam. "Awak okey ke Misha?" Riyadh bertanya. Dalam hati terbersit juga rasa risau seandainya Misha termakan pujukan bekas suaminya itu. Liat sungguh nak menceraikan Misha dan melepaskan Misha. "Kahwin pun susah, dah cerai pun susah!" Misha merungut. "Apa yang susah?" Riyadh soal balik. "Nak lepaskan diri lah dari Arshad tu..." Rimas Misha dengan muka tembok Arshad tu. Nasib baik, Aira tak dapat hak bermalam dengan Arshad. Cuma berjumpa saja seminggu dua kali. Riyadh gelak sendiri. "Ada satu cara..." "Tak ada cara kecuali dia mati atau tak ada kaki jer, baru dia takkan ganggu saya. Selagi dia wujud, itulah kerja dia. Cara apa lagi nak elak dari dia..." Misha tak percaya lelaki itu akan berubah. "Kahwin lagi..." "What? Kahwin lagi? No way, mati hidup balik saya takkan kahwin balik dengan Arshad. Saya dah serik!" Riak wajah menunjukkan trauma Misha. "Kahwin dengan saya lah, buat apa dengan Arshad pulak..." Riyadh balas bersahaja. Misha terkedu. Antara dengar tak dengar wajah Riyadh dipandang tak percaya. Hish, baru lega bercerai dah ajak orang kahwin pula? "Lima tahun Aidilfitri saya tanpa awak Misha, saya harap Aidifitri seterusnya awak akan bersama saya sampai bila-bila..." Psttt: Misha nak jawab apa agaknya tuuuuu... Aidilfitri tanpa siapa tu agaknya tahun hadapan ya. #miakiff #aidilfitritanpamusayang #ebooktiktokmalaysia #tiktokshopmalaysia #ijjalyzabookstore #ebookmelayu #ebooktiktok
Duration: 0 sPosted : Wed, 03 Apr 2024 00:04:36Views
4.0KDaily-
Likes
92Daily-
Comments
1Daily-
Shares
0Daily-
ER
2.33%Daily-
Latest