Orang lain buat program anak yatim, Anak yatim kena dibawa ke pentas terima sumbangan. Beraturlah semua. Siti Nurhaliza turun ke meja kasi seorang demi seorang. Orang lain buat majlis, Orang tua berpimpin naik ke pentas ambil derma, Siti Nurhaliza turun jumpa seorang demi seorang tak ada tertinggal. Orang lain buat itu buat ini, Yang dirai diiring terima hadiah di pentas, Siti Nurhaliza bergerak dari meja ke meja bersalam, bercium pipi dan beramah mesra dengan tetamu. Mana nak cari manusia tersenarai antara 500 pempengaruh muslim besar dunia, turun mencemar lantai menyantuni seorang demi seorang. Mana nak cari? Ada di negara kita, satu-satunya Dato Sri Siti Nurhaliza. Disayangi, Dihormati, Dikagumi, Dicontohi. Kami berbuka bersama sempena Majlis Berbuka bersama penerima sumbangan Nurjiwa Prihatin hari ini. Melihat suasana ini, Pentas adalah hak Siti semasa berpencak menyusun suara, saat bersama jelata, beliau turun menuruni duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Patutlah disayangi. Tak pandai bergimik pecahkan suasana, Tak reti merepek meleret sesuka. Ramahnya mesra, Caranya bersahaja. Itulah Siti. Sudah tinggi tak tinggi. Khairul Hakimin Muhammad, Sentiasa mengagumi.