info
๐๐๐๐ ๐ค๐ฉ๐ ๐๐ช๐ก๐ฉ๐๐ฃ ๐๐๐ก๐๐ฃ๐๐ค๐ง Mahkota ini dibuat untuk pertabalan dan kemahkotaan Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah Alhaj pada tahun 1903 oleh dua orang tukang emas yang berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang. Mahkota Diraja Selangor ini agak unik berbanding mahkota negeri-negeri lain kerana mahkota ini berbentuk songkok. Di hadapan mahkota ini, terdapat perhiasan emas berbentuk seakan-akan bulu burung merak yang sedang kembang. Mahkota ini hanya digunakan semasa pertabalan Sultan Selangor. Mahkota ini dihiasi dengan berlian dan delima. Berlian dan permata ini semuanya berasal dari Pontianak, Indonesia dan ditempa dengan emas yang berasal dari negeri Pahang Darul Makmur. Raja Muda Suleiman Ibni Almarhum Raja Muda Musa, merupakan cucunda kesayangan Almarhum Paduka Sri Sultan Sir Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Panglima Besar Abdullah yang telah diisytiharkan sebagai Sultan Selangor ke- V di Istana Jugra @ Istana Sedang Masa. Majlis perisytiharan itu telah dihadiri oleh para pembesar negeri dan turut dihadiri oleh William Hood Treacher - Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Istiadat pertabalan Raja Suleiman sebagai Sultan Selangor ke-V telah diadakan pada tanggal 22 Oktober 1903 di Istana Mahkota Puri Kelang, dengan gelaran Sultan Ala'uddin Suleiman Shah. Baginda merupakan Sultan yang pertama semasa pertabalan memakai Mahkota yang bertatahkan Intan Berlian. Sebelum ini Paduka Sri Sultan yang ditabalkan hanya memakai sejenis songkok cara Bugis yang disebut Songkok Leleng (Liling). Mahkota Leleng ini diperbuat semuanya dari emas yang berasal dari Bugis. Disebabkan di dalam Islam orang lelaki diharamkan memakai barang-barang kemas maka Mahkota ini turut dipecahkan oleh Shahibul Fadzillah Tuan Sheikh Ab. Ghani, seorang ulama Islam dari Bima Sumatera yang menjadi guru kepada Paduka Sri Sultan Muhammad Shah iaitu Sultan Selangor ke-3. Pada masa Sultan SirAbdul Samad, baginda hanya memakai tanjak dari kain sutera dari Bugis sahaja. Apabila pertabalan Sultan Ala'uddin Suleiman Shah ini hendak dilangsungkan sebuah Mahkota telah ditempah daripada seorang tukang pandai jawa (Encik Hasan dan Encik Mat) dengan harga $ 12, 00 #selangor #diraja #mahkota #vivalvideo #malaysia #fypage #duniamelayu
Duration: 36 sPosted : Tue, 06 Feb 2024 10:21:55Views
23.0KDaily-
Likes
713Daily-
Comments
6Daily-
Shares
19Daily-
ER
3.21%Daily-
Latest