info
FLY HIGH,RISE ABOVE THE SKY✈️🛫 “Suka sejenis. Sebab tu tak ada orang nak kawan dengan dia. Takut nanti dia mengurat. Rupanya dia sukakan Fariz. Kelakar wei... boleh pulak dia suka Fariz,” ucap Rosa dengan mulut jahat. Mereka gelak beramai-ramai. “Mimpi ngerilah Fariz malam ni,” ujar Suhaila pula. “Aku nak sailang dia. Biar dia melopong tengok aku couple dengan Fariz,” ujar Rosa dengan sengih jahat. “Eh, yelah... kau tackle ajelah Fariz tu. dia ada motor kut!” ucap Mariah begitu kebudak-budakan otaknya. Sampai di rumah, Armel terus beri kertas soalan itu kepada ayahnya. “Lawa tak, ayah?” tanya Armel sambil tunjuk gambar yang dilukis itu. gambar ayahnya. Encik Rusdi ketawa. “Bolehlah. Cantik juga. Macam mana soalan? Senang tak?” tanya sang ayah lantas dia menyemak kertas soalan itu untuk melihat jawapan yang sudah ditandakan anaknya. “Emm... senang?” jawab Armel. “Jangan terlalu yakin, tahu? esok kertas apa?” “Sains. Mel dah tak sabar nak dapat result. Mel nak masuk asrama macam Kak Dini dulu?” Sang ayah diam. Dia sebenarnya tidak berhajat untuk menghantar anak bongsunya masuk ke asrama biarpun mendapat keputusan cemerlang PT3 nanti. Dia mahu Armel terus ada di depan matanya. “Ayah nak Mel belajar di sini aje,” ucap Encik Rusdi. “Alah, kenapa pulak? Kak Dini boleh masuk MRSM. Kenapa Mel tak boleh?” “Biar ayah dan umi jaga Mel. Dengar cakap ayah ya? mana-mana sekolah pun sama saja. yang penting kita mahu belajar. Sampai masanya bila kamu dah boleh berfikir, ayah akan suruh kamu keluar dari kampung ni. pergi belajar macam Kak Ita dan Kak Dini,” ucap sang ayah lantas memegang wajah sang anak. Riak wajah Armel monyok. “Mel malu, ayah. Mel asyik kena ejek aje. Mel tak nak sekolah situ dah,” ucap Armel. “Mana-mana kamu pergi pun, kamu akan jumpa lagi orang macam itu, nak. Pergi MRSM pun ada orang macam tu. lagi teruk di sana. Kalau kamu tak kuat, tak boleh bawa hidup di MRSM. Bukan tentang ada atau tidak orang membuli. Tapi sejauh mana kamu mampu hadapi keadaan itu. ayah selalu cakap pada Kak Ita, semua orang yang masuk UM tu nak berjaya. Tapi di sana tak semua orang boleh berjaya dengan cara usaha yang baik. ada yang berusaha dengan menjatuhkan. Jangan lemah. Kalau kita lemah, kita tak akan ketinggalan. Faham tak cakap ayah ni?” ucap sang ayah lembut. Armel angguk. “Orang nak ejek apa pun, biarkan dia. Ayah dan umi yang sayangkan Mel. Jangan sedih ya? Belajar di kampung aje pun boleh dapat keputusan baik. tengok Kak Nita... Nita belajar di sekolah kampung aje pun dapat masuk UM,” ucap Encik Rusdi lantas memaut bahu anak bongsunya itu. #adnilzaff #flyhighriseabovethesky #ebookrecommendation #ijjalyzabookstore ❤️❤️❤️❤️❤️❤️🫰🫰
Duration: 0 sPosted : Sun, 21 Jan 2024 16:10:04Views
7.5KDaily-
Likes
113Daily-
Comments
12Daily-
Shares
0Daily-
ER
1.66%Daily-
Latest