Hadiah Ramadan Terbaik āBarangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.ā (Riwayat Imam Ahmad) Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua penyumbang dan volunteers. Untuk minggu pertama, sumbangan anda dinikmati sebahagiannya oleh warga Universiti Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, anak-anak yatim di Rumah anak Yatim Denai Alam, dan anak2 yatim dan Asnaf Bukit Jelutong. Terima kasih kepada volunteers; pelajar dari University Islam Selangor yang turut datang membantu dalam menyediakan juadah. Kami sangat berterima kasih atas sokongan anda. āThe Autism youths especially Lokman sangat suka dapat beramal. Suka juga lihat anak anak yatim lompat lompat gembira dengan Judah yang kami sediakan. Terasa usaha kami diberkati.ā - Adli Yahya āSedekah terbaik saat bulan Ramadan - HR Tarmiziā Allah SWT telah menggandakan amalan yang dilakukan di dalam bulan Ramadan berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain. Siapa nak tamak pahala, jom support Autism Cafe Project (ACP) ya. Belia Autisma di ACP masih perlu sokongan anda untuk sama-sama memberi dan bersedekah pada bulan mulia ini. Sila hubungi En Adli di 01 12-349 0813 jika anda henda sama-sama berjuang dengan belia autisma kami di ACP. #masyaallahtabarakallah #positivevibes #ramadhankareem #rezekidikongsibersama