info
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyiasat dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa bekas perdana menteri itu memilih untuk menjawab soalan berhubung beberapa transaksi dalam akaun bank peribadinya di mahkamah semasa siasatan 1MDB pada Oktober 2018. Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram ACP Foo Wei Min berkata Najib memutuskan untuk menjawab soalan yang diajukan kepadanya melibatkan lima keping cek untuk lima pembayaran daripada akaunnya kerana beliau sudah didakwa dengan pertuduhan pengubahan wang haram di mahkamah pada 20 Sept 2018. Lima cek itu adalah untuk transaksi yang berlaku dalam akaun Najib pada 2013 termasuk cek RM20 juta untuk UMNO pada 2 Ogos; cek RM100,000 untuk UMNO Batu Kawan pada 7 Ogos; RM246,000 ke dalam akaun taikun hartanah Lim Soon Peng pada 7 Ogos; RM2 juta untuk Orb Solutions Sdn Bhd pada 12 Ogos dan RM303,000 untuk Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd pada 14 Ogos. #1MDB #PKR #Bossku #1mdb#pkr#bosskuDanger
Duration: 0 sPosted : Wed, 15 Nov 2023 13:25:44Views
1.6KDaily-
Likes
34Daily-
Comments
2Daily-
Shares
2Daily-
ER
2.43%Daily-
Latest