info
Suami kena jaga-jaga. Bila isteri sudah mula diam, itu bahaya tandanya. Bersyukurlah kalau sekarang ni dia masih kuat membebel dan berleter. Berdesing telinga ni selalu, tetapi itu tandanya isteri ambil peduli dan nak kita lakukan perubahan segera. Ada suami jenis jadi seronok bila isteri dah tak endah. "Argh! Aku dah bebas dah! Lantaklah aku nak buat apa. Isteri aku bukan kesah pun. Hahaha!" Ucap seorang suami yang sedang "bahagia". Wahai para suami, Itu bukan tanda bahagia ye. Tetapi itulah tanda isteri sudah penat, tawar hati bahkan sudah hilang kasih sayang. Masa itu, dia sedang atur langkah dan cari peluang untuk meleraikan semuanya. Dia kumpul sedikit demi sedikit, lama-lama bila tiba masanya, isteri pergi tinggalkan kita. Masa itu, tiada maaf lagi bagi suami. Menangis dan menyesal pun tiada guna kerana tahap seorang wanita itu ada batasnya juga. Maka, selagi ada peluang dan masa ini, ambil-ambillah iktibar. Jangan buat sesuatu sehingga rumahtangga jadi keruh. Kena lakukan perubahan segera supaya tiada hati yang terluka. Kredit Tulisan: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Jangan sampai isteri angkat kaki dan berlalu pergi. #parentingtips #parentingjourney #newbornbaby #marriage #marriedlife #husbandwife #happyfamily #lifeaftermarriage #familytips #lifepartner #couple #goals #relationshipgoals #fypage #followme
Duration: 0 sPosted : Tue, 31 Oct 2023 02:59:34Views
183.6KDaily-
Likes
15.6KDaily-
Comments
226Daily-
Shares
1.0KDaily-
ER
9.17%Daily-