info
✨Kunci rezeki✨ AMALAN-AMALAN MENJEMPUT REZEKI: 1. Cukupkan solat 5 waktu. Bila dah cukup, buat awal waktu 2. Sedeqah setiap pagi, setiap hari 3. Bangun malam / Qiamullail: ✅ Solat Sunat Tahajjud (2 rakaat) Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.) ✅ Solat Sunat Istikharah (2 rakaat) Rasulullah SAW bersabda: “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.” ✅ Solat Sunat Taubat (2 rakaat) ✅ Solat Sunat 2 rakaat sebelum Subuh (Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Dua rakaat sebelum Subuh adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”. (Riwayat Muslim) ✅ Solat Sunat Dhuha (2 rakaat) “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi) 4. Baca Al-Quran, 1 muka surat 1 hari: Surah-surah pilihan: ✅ Surah Al-Waqiah ✅ Surah Yasiin ✅ Surah Al-Kahfi ✅ Surah Ar-Rahman ✅ Surah Al-Mulk ✅ Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 1,000 kali sehari (Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (HR Muslim.) 5. Istighfar 100 kali (bersihkan dosa-dosa) 6. Jaga hubungan kita dengan mak ayah (kunci / keramat hidup) 7. Bagi sedikit untung bisnes kepada mak ayah (jangan tunggu banyak baru nak bagi) 8. Mandi Garam Bukit (apa, khasiat, cara bancuh, cara mandi) Ada banyak lagi amalan-amalan menjemput rezeki yang you boleh buat, tapi as a start you boleh amalkan amalan-amalan menjemput rezeki yang saya sebut tadi. Kalau solat belum cukup, cukupkan dulu. Then improve untuk solat awal waktu pulak Insha’Allah keberkatan akan start datang bila kita start jaga hubungan kita dengan Allah Rasulullah SAW telah bersabda,: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.) #peringatandirisendiri #kuncirezeki #rezeki_allah #sabar #alhamdulillah #syukuri_nikmati_dan_jalani #doa #solat #insyaallah #wmsz #waishul
Duration: 69 sPosted : Sun, 15 Oct 2023 12:37:39Views
12.3KDaily-
Likes
643Daily-
Comments
52Daily-
Shares
137Daily-
ER
6.76%Daily-