Terkadang melihat kawan kawan sebayaku sedang bahagia dan memiliki anak-anak kecil, aku hanya mampu tersenyum menanti jodoh yang terbaik diaturkan oleh Mu ya Allah. Akhirnya penantianku ini tidak lah terlalu panjang, di usia ku 27 tahun kau telah kurniakan hajatku dimasa yang tepat. Teruntuk isteriku tercinta, mencintaimu merupakan anugerah yang terindah dalam hidupku. Terima kasih ya Allah kau telah pertemukan ku dengan pasangan yang sungguh sempurna dalam hidupku. Aku berdoa agar dialah jodoh terakhirku hingga akhir hayat. Doaku seterusnya agar dikurniakan cahaya mata yang mampu menambah kebahagiaan kami berdua, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dari pelbagai cabang dan segala urusan kami dan keluarga dipermudahkan. Semoga doa doa sekalian ibu bapa di bumi ini juga dimakbulkan amin ya rabb 🤲🏻. #marriedlife #halal #suamiorang #isteriku @sawwah